Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tony Pua tidak hormat protokol Dewan Negara Azalina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tony Pua tidak hormat protokol Dewan Negara Azalina

azalina-pua

PETALING JAYA: Tindakan Tony Pua mengadakan sidang media mengenai laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen semasa persidangan Dewan Negara pada Selasa lalu dianggap keterlaluan dan tidak menghormati Parlimen.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak menghormati protokol dewan.

“Sebagai ahli politik, sekiranya Pua tidak berpuas hati dengan laporan itu beliau sepatutnya merujuk semula kepada mesyuarat PAC.

“Inilah masalah pembangkang, tak mahu hormati protokol dewan. Tidak semestinya bila dah jadi Ahli Parlimen boleh mengganggu sidang Dewan Negara seolah-olah dia ada hak. Jelas dia tidak profesional.

“Dia sertai mesyuarat, lepas itu kata kononnya 80 peratus sahaja yakin, saya tak faham, boleh ke ahli PAC berkelakuan sebegini. Lebih baik tak payah anggotai PAC, sebagai ahli PAC saya yakin dia mesti mempunyai pengetahuan dan sependapat dengan ahli lain,” katanya lapor Malaysiagazzete.

Azalina turut menyokong langkah Abu Zahar yang menegur tindakan Pua dan meminta agar sidang media itu dihentikan.
“Kalau dia tulis surat minta kebenaran sekali pun, saya yakin boleh diperbincangkan. Inilah masalah pembangkang.

“Soalan saya macam mana nak memimpin negara kalau dia tak hormati undang-undang, tuan rumah (Dewan Negara) dan Presiden Senat (Abu Zahar). Kalau dia memimpin tak tahulah apa akan jadi kepada negara,” ujarnya.

Kelmarin, Pua bersama beberapa pemimpin pembangkang yang lain mengadakan sidang media di lobi Parlimen sewaktu persidangan Dewan Negara berlangsung.

Antara mereka yang turut serta dalam sidang media itu ialah Tan Seng Giaw yang merupakan Timbalan Pengerusi PAC, Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) dan William Leong (PKR-Selayang).

Sidang media itu diadakan kerana mereka mendakwa terdapat ayat dalam laporan akhir 1MDB telah disunting.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1NCKfWs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.