Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Konse) LeEco LeSEE Kereta Elektrik Pencabar Tesla Dari Negara China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Konse) LeEco LeSEE Kereta Elektrik Pencabar Tesla Dari Negara China

Elon Musk cuba mengubah industri automatif dengan Tesla, syarikat kenderaan elektrik beliau. Model terkini keluaran mereka Tesla Model 3 telah menerima pra tempahan melebihi 300 ribu unit. Dengan syarikat ini Elon Musk mahu menujukan kepada dunia terdapat pasaran luar untuk kenderaan elektrik yang mesra alam dan mampu memandu secara automatik. Kerana kepopularan Tesla, syarikat pengeluar lain kini lebih serius untuk menghasilkan kenderaan yang tidak terlalu bergantung kepada bahan apa fosil.

LeEco-LeSEE-2LeEco (yang dahulunya dikenali sebagai LeTV) ialah syarikat dari China yang terkenal dengan peranti pintar Android keluaran mereka. Nampaknya mereka juga mahu memasuki arena penghasilan kenderaan selepas memperlihatkan LeSEE, kenderaan elektrik konsep mereka selama. LeSEE dikatakan mempunyai kelajuan maksimum 130 batu sejam.Panel sesentuh digunakan pada panel pemandu untuk mengawal kenderaan.

Seperti Tesla, LeSEE boleh memandu secara automatik dan memahami sistem kawalan suara. Ketika di dalam mod pemanduan automatik, stereng kenderaan boleh dilipat bagi menjimatkan ruang.Buat masa ini LeSEE hanyalah konsep dan pihak LeEco tidak mengumumkan bilakah ia akan menjadi realiti.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1SuYuks

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.