Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baru bersedih hormati pemergian Boniface - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baru bersedih hormati pemergian Boniface

 

baru-bian

KUCHING: Pengerusi Badan Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian bersedih namun menghormati tindakan Boniface Willy Tumek keluar parti.

Baru menjelaskan, beliau bersimpati dengan keadaan yang dihadapi Boniface itu tetapi tidak ingin mengulas lanjut.

“Saya benar-benar bersimpati, beliau adalah salah seorang pemimpin PKR di Sarawak. Kami benar-benar kehilangan kerana beliau telah menunjukkan kepimpinannya.

“Beliau seorang yang berintegriti, itulah sebabnya beliau menjalankan tugas sebagai naib pengerusi dengan baik,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baru bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Boniface bahawa PKR tunduk kepada DAP dalam rundingan pengagihan kerusi yang berakhir minggu lalu.

“Saya tiada komen tentang itu. Beliau telah menyatakan pandangannya dan saya simpati dengan situasi yang dihadapinya,” katanya.

Rundingan kerusi yang diketuai Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berakhir Khamis lalu dan menyaksikan DAP mendapat 29 kerusi termasuk beberapa kawasan yang telah dimasuki PKR.

Namun, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jien menjawab partinya juga telah berkorban dengan melepaskan beberapa kerusi, antaranya Batu Kitang yang berpotensi dimenangi partinya.

Borneo Post Online hari ini melaporkan Boniface meletakkan semua jawatan dan keluar parti pada 17 April lalu, selepas PKR gagal mendapatkan kerusi DUN Tasik Biru untuk ditandinginya, sebaliknya memberikannya kepada DAP untuk bersaing dengan calon langsung BN, Henry Harry Jinep.

Boniface berkata DAP mendapat kerusi itu walaupun PKR telah menamakannya sebagai bakal calon di sana, dan tinjauan ramai yang menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP.

Boniface turut berkata PKR juga gagal mendapatkan pencalonan untuknya bertanding pada PRU ke-13 yang lalu, apabila kerusi Parlimen Mas Gading diberikan kepada DAP.

Sumber di sini mendakwa Boniface bakal menyertai parti komponen BN, SPDP tidak lama lagi.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/20ZBKMH

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.