Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pod Pengangkutan Panduan Automatik Akan Memulakan Perkhidmatan Di Singapura Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pod Pengangkutan Panduan Automatik Akan Memulakan Perkhidmatan Di Singapura Tahun Ini

Semasa kami membesar kerap kami dengar orang berkata untuk melihat dunia masa hadapan kami perlu ke Tokyo. Kesemua teknologi terkini di dunia boleh dilihat di sana sebelum muncul di negara-negara lain. Walkman, Diskman dan telefon bimbit dengan kamera muncul di Jepun terlebih dahulu. Dunia sudah berubah dan kini Dubai menjadi medan teknologi baru dicuba sebelum digunapakai di seluruh dunia. Di bandar mesra alam Masdar City, pod pengangkutan panduan automatik telah digunakan bagi menggantikan kereta. Ia menghapuskan pencemaran dan kesesakan lalu lintas.

2GetThere Pod Automatik 2

Jiran selatan kita juga akan memperkenalkan sistem pengangkutan awam futuristik ini seawal hujung tahun ini. Pod automatik Group Rapid Transit (GRT) ini dihasilkan oleh 2getthere, sebuah firma dari Belanda. Mereka melakukan kerjasama dengan SMRT  untuk membekalkan kenderaan elektrik ini pada laluan yang masih belum diumumkan setakat ini.

Setiap pod boleh membawa 24 penumpang dan mampu membawa sehingga 2000 penumpang sejam apabila beroperasi sepenuhnya. Ianya adalah untuk perjalanan jarak dekat dan bukannya pengganti kepada sistem bas ataupun MRT sedia ada. Singapura ialah negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam terbaik di Asia. Dengan pengenalan pod panduan automatik, kualiti pengangkutan awam mereka akan semakin melonjak naik. Sementara itu kita hanya boleh melihat dan mengeluh dengan sistem yang wujud di negara kita.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1NlYLH4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.