Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netizen berang bil elektrik naik mendadak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netizen berang bil elektrik naik mendadak

tnb

PETALING JAYA: Ramai netizen meluahkan kemarahan mereka di media sosial, kerana mendakwa Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menaikkan bayaran bil elektrik mereka.

Bayaran bil elektrik itu dikatakan meningkat sekali ganda dan ada pengguna yang terpaksa membayar lebih daripada itu.

Pengguna, Mohd Azli mempersoalkan kenaikan bil elektrik kediamannya daripada RM150 kepada RM250.

“Rumah saya malam je ada orang, tapi bil baru ni sampai dekat RM250…Biasa average (keseluruhan) tak sampai RM150…Adoi,” demikian luahannya di laman rasmi Facebook TNB Careline.

Wan Chronix Crew pula mengadu: “Normal bil api rumah saya RM30, tapi bulan Mac punya kegunaan RM158. Rumah saya duduk seorang je tuan. Takkan melompat sampai lima kali ganda kot?” soalnya.

Mohd Firdaus Zulkifli pula berkata: “Saya agak pelik dengan bil bulan ni…saya duduk tiga orang je dekat rumah ni…7am semua dah keluar pergi meniaga…kerja…7pm baru semua balik rumah…bil sebelum-sebelum ni tak pernah lebih RM50…tapi bulan ni dekat RM100.

“Jangan bagi alasan elnino bagai…Ni elamno rase nye…Tolong bagi pencerahan ye,” katanya.

Aland Tay mengeluh: “Penggunaan kipas, aircon, dll sebelum and selepas sama je. tak meningkatkan kelajuan kipas, tak mengguna pendingin hawa untuk tempoh lebih lama. takde pun menurunkan suhu pada tahap rendah, sebab dah memang pada tahap terendah. itu pun bill baru 200++. bulan ni, tiba2 400++. yang lagi tak munasabah, 1 minggu kita takda kat rumah pergi cuti, sepatutnya bil turun, ni tak, meningkat pulak!! ish… nampaknya terpaksa pakai pelita minyak dan lilin dah ni!”

Bagaimanapun, Mohd Yusof mencadangkan: “Pihak tnb yang pakar dalam elektrik menunjukkan cara kiraan yang mnyebakan faktor cuaca panas sbg penyebab utama bil naik mendadak, tunjukkn kami cara mudah untuk kira sbg contoh penggunaan penghawa dingin per hour berapa unit kwh yang di kire……senang kami nk check.”

Sementara itu, TNB menerusi kenyataan yang dimuat naik ke Facebook TNB Careline berkata, faktor cuaca panas dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik, khususnya pendingin hawa yang kebiasaannya menggunakan lebih banyak elektrik berbanding peralatan elektrik lain.

Katanya, pengguna lebih cenderung menurunkan suhu pendingin hawa ke tahap lebih rendah, meningkatkan kelajuan kipas dan menggunakan pendingin hawa untuk tempoh lebih lama.

“Untuk makluman, penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik.

“Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna,” katanya.

TNB berkata, pengguna yang mendapati bil elektrik mereka meningkat, bukan disebabkan faktor-faktor itu, dinasihatkan menghubungi pejabat TNB berhampiran.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/22PEIma

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.