Hi! Welcome Back and Stay Tune! Walau kemungkinan ditangkap polis ADUN Pujut tak bimbang berhubung cadangan pemisahan S'wak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Walau kemungkinan ditangkap polis ADUN Pujut tak bimbang berhubung cadangan pemisahan S'wak



Walaupun ia menjadi satu 'taboo' pada Putrajaya, namun ADUN Pujut, Fong Pau Teck berikrar untuk memperjuangkan pemisahan Sarawak daripada persekutuan.
Dalam satu catatan Facebook, Fong berkata dia tidak kisah dengan prospek kemungkinan ditangkap polis.
Sebagai pengasas Pakatan Kemerdekaan Sarawak, beliau melihatnya sebagai masa depan negeri itu.
Kemerdekaan Sarawak bukan untuk generasi Malaya yang akan datang, tetapi adalah untuk rakyat Sarawak, tulisnya.
Ketika dihubungi, Fong berkata beliau bersemangat untuk mempromosikan referendum untuk pemisahan tersebut.
Beliau berpendapat bahawa rakyat Sarawak telah ditipu untuk menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963.
"Kami telah menandatangani perjanjian Malaysia pada tahun 1963 kerana kami ditipu. (Sarawak) menyertai Malaya sebagai sebuah negara. Sejarah ini telah ditutup," katanya.
Beliau mencabar pihak berkuasa untuk menunjukkan sejarah sebenar Sarawak untuk tujuan perbincangan.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.