Sony Bakal Menyokong Pengesahan Dwi-Faktor Untuk Akaun PlayStation Network
Sistem pengesahan dwi-faktor memastikan akaun anda akan lebih selamat dari digodam. Log masuk hanya boleh dilakukan selepas kod khas dihantar menggunakan SMS. Majoriti perkhidmatan di atas talian sudah menggunakan sistem ini bagi memastikan akaun peribadi pengguna selamat dari diambil alih oleh orang lain. Sony dilaporkan dalam usaha untuk menyokong sistem pengesahan ini.
Tanda-tanda awal ditemui selepas PlayStation 3 diberikan kemas kini 4.8 baru-baru ini. Sekiranya kata laluan dimasukkan dengan salah, pilihan untuk pengesahan dwi-faktor muncul walaupun ia masih belum diaktifkan buat masa ini. Sungguhpun begitu Sony masih belum memberikan tarikh muktamad bilakah sistem ini akan diaktifkan secara menyeluruh. Sebagai seorang mangsa akaun yang digodam empat tahun lalu, pengesahan dwi-faktor ini kami aktifkan pada kesemua akaun milik kami. Biar lambat memuat masuk kerana menanti SMS dari menyesal di kemudian hari.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/22PyEub
Post a Comment