Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gabungan Bantah GST beri soalan ‘tidak kena tempat’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gabungan Bantah GST beri soalan ‘tidak kena tempat’

gst

PETALING JAYA: Bantahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Gabungan Bantah GST di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya, hari ini, kecoh gara-gara soalan yang diberikan tidak kena tempat.

Kumpulan yang diketuai S Arutchelvan itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan, Datuk Abd Gani Othman.

Soalan-soalan itu sepatutnya ditanya kepada Ketua Pengarah Kastam atau pemimpin kerajaan peringkat Persekutuan kerana ia melibatkan peringkat nasional.

“Saya hanya jaga Kuala Lumpur sahaja, bukan satu Malaysia. Ia tidak adil, orang yang berhak jawab perkara ini adalah orang atas lagi. Anda juga bertanyakan soalan yang salah. Kami akan hantar soalan itu kepada pihak kerajaan,” jawab Abd Gani kepada peserta bantahan itu.

Antara soalan-soalan yang diajukan Gabungan Bantah GST termasuk jumlah sebenar cukai GST yang dikutip dari April 2015 hingga Disember 2015 dan dari bulan Januari 2016 hingga Mac 2016.

Gabungan itu juga bertanyakan kepada Abd Gani mengapakah kutipan GST tidak digunakan untuk memberi subsidi pengangkutan awam.

“Yang itu (soalan yang diajukan) itu diluar kawalan kami. Saya tidak tahu macam mana hendak jawab,” katanya ringkas bagi menjawab soalan-soalan itu.

Peserta demonstrasi seramai 30 orang akhirnya meninggalkan Komplek Kastam itu sejam kemudian selepas sedar mereka mengajukan soalan tidak kena tempat dan pada individu yang salah.

Pada 23 tahun Mac lalu, 79 aktivis dari gabungan itu ditahan selepas cuba memasuki kompleks kastam itu untuk bertanya 106 soalan mengenai GST.



Mukah Pages sharing automated post from Free Malaysia Today http://ift.tt/1SrmTVg

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.