Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesaksamaan gender: Zuraida saran Azalina tidak beri statistik ‘syiok sendiri’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesaksamaan gender: Zuraida saran Azalina tidak beri statistik ‘syiok sendiri’

Azalina-Othman

PETALING JAYA: Gesaan untuk meramaikan jumlah pembuat dasar dalam kalangan golongan wanita, termasuk bidang politik adalah tanggungjawab bersama.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata isu itu tidak sepatutnya diangkat dengan membandingkan penglibatan wanita dalam kalangan pembangkang dan pemerintah Parlimen.

Zuraida berkata demikian membalas kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said yang membandingkan jumlah wanita yang dilibatkan dalam politik oleh pembangkang dan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata, negeri yang dipimpini pembangkang iaitu Pulau Pinang, mempunyai dua Ahli Parlimen wanita, seorang senator dan lima wakil negeri wanita daripada jumlah besar 30 orang. (16.66 peratus), dan lapan ahli majlis wanita daripada 48 (16.6 peratus).

Di Selangor pula terdapat dua ahli parlimen wanita dan 15 wakil rakyat wanita daripada 43 orang (34.88 peratus), dan 25 peratus ahli majlis wanita manakala di Kelantan seorang ahli Parlimen dan tiga wakil negeri wanita.

Maka, Zuraida menjelaskan angka-angka ini menunjukkan pembangkang mempunyai rasa kesaksamaan gender yang jauh lebih baik daripada Barisan Nasional.

“Di Sarawak, Keadilan akan meletakkan enam calon wanita, dan mudah-mudahan semua akan menang dalam pilihan raya negeri akan datang. ”

Dia memberikan statistik itu ekoran kenyataan Azalina yang berbangga 14 ahli parlimen wanita daripada 133 Ahli Parlimen keseluruhan BN.

“Daripada 222 ahli Parlimen, 133 atau 60 peratus adalah daripadanya adalah BN dan hanya 10.5 peratus penyertaan wanita dalam BN.”

Zuraida turut membandingkan dengan ahli parlimen pembangkang iaitu daripada 89 orang, 10 adalah wanita, sekaligus menunjukkan peratusan wanita dalam pembangkang lebih tinggi iaitu 11.2 peratus.

Beliau memberi amaran supaya Azalina tidak sekadar memberi maklumat tanpa usul periksa apatah lagi dengan niat untuk memuji-muji Perdana Menteri atau isterinya, Rosmah Mansor.

Zuraida juga menyifatkan Azalina memetik angka-angka ‘syiok sendiri’ tetapi sebenarnya mengelirukan.



Mukah Pages sharing automated post from Free Malaysia Today http://ift.tt/21W0QuF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.