Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRN Sarawak: PKR akan berbincang dengan PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRN Sarawak: PKR akan berbincang dengan PAS

azmin,sarawakSHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berbincang dengan PAS sebelum meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan tersebut akan dilakukan selepas parti Islam itu menyatakan akan berdepan dengan sesiapada sahaja calon dalam pilihan raya berkenaaan.

“Tak apalah, nanti kita bincang (antara PAS dan PKR),” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa parti itu tidak menolak kemungkinan akan menghadapi pertandingan tiga penjuru melibatkan 11 kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sarawak bulan ini.

Iskandar berkata, walau apa pun yang terjadi pada PRN Sarawak kali ini, PAS tetap akan bertanding di 11 kerusi yang telah diputuskan sebelum ini.

Dalam pada itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor turut memberikan jawapan ringkas mengenai gabungan parti dalam Pakatan Harapan yang akan mengumumkan calonnya dalam PRN berkenaan.

“Tunggu tarikh bubar (DUN Sarawak). Memang 11 haribulan April. Selepas bubar kita bincanglah nanti (dengan parti gabungan Pakatan Harapan),” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11.



Mukah Pages sharing automated post from Free Malaysia Today http://ift.tt/22UeHri

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.