Hi! Welcome Back and Stay Tune! JPJ tunggu keputusan kerajaan mengenai Uber, GrabCar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JPJ tunggu keputusan kerajaan mengenai Uber, GrabCar

Ismail-Ahmad_jpji_taxi_uber_grabcar_600_1

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menunggu pengumuman kerajaan berhubung perkhidmatan pengangkutan dalam talian Uber dan GrabCar sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, setakat ini belum ada pemandu kereta Uber dan GrabCar yang dikenakan tindakan memandangkan kerajaan masih mengkaji perkhidmatan berkenaan.

“Jadi kena tunggu polisi kerajaan (mengenai Uber dan GrabCar). Kalau perkhidmatan itu dibenarkan, apa kaedahnya,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkhidmatan Uber dan GrabCar selepas sambutan Hari JPJ ke-70 di sini hari ini.

Selasa lepas, kira-kira 300 pemandu teksi meletakkan teksi di bahu jalan sehingga menghalang lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Bintang sebagai bantahan terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui blog NajibRazak.com semalam (Khamis) berkata, satu penyelesaian yang adil dan saksama akan diputuskan dalam masa terdekat berhubung isu teksi demi kepentingan pengguna dan penyedia perkhidmatan itu.

Kepentingan kedua-dua pihak itu tetap menjadi pertimbangan utama kerajaan ketika rangka penyelesaian dibincang dan disediakan, kata Perdana Menteri lagi.

Mengenai sambutan ulang tahun ke-70 JPJ hari ini, Ismail berkata, majlis sambutan Hari JPJ Ke-70 Peringkat Kebangsaan akan diadakan secara besar-besaran di tempat letak kereta Istana Kehakiman di sini, pada 10 April.

Antara aktiviti yang dirancang ialah pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus, perkhidmatan kaunter JPJ, perbarisan kontinjen dan demonstrasi pasukan tindakan khas.

Bernama



Mukah Pages sharing automated post from Free Malaysia Today http://ift.tt/22UeEM5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.