Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada kenaikan insentif Hadiah Anak Masuk Universiti – Nik Nazmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada kenaikan insentif Hadiah Anak Masuk Universiti – Nik Nazmi



 Yes! Clic Mukah Pages for Easy Commission!!


SHAH ALAM: Selangor tidak bercadang untuk menaikkan kadar insentif Hadiah Anak Masuk Universiti sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kadar tersebut akan dikekalkan selain diberikan secara sekali bayaran kepada pelajar.

“Hadiah IPT (Institusi Pengajian Tinggi) ini hanya melibatkan sekali pemberian sekali seumur hidup kepada pelajar yang mendapat tempat di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Mereka tidak akan menerima lagi hadiah itu sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Nik Nazmi (PKR-Seri Setia) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ng Sze Han (DAP-Kinrara) sama ada kerajaan negeri akan meningkatkan kadar insentif hadiah tersebut serta memperluaskannya kepada pelajar yang mendapat tawaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Program Hadiah Anak Masuk Universiti merupakan perkara yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum 2008.
Bernama


Mukah Pages sharing automated post from Free Malaysia Today 

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.