Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mula Menawarkan Aplikasi Duo Bermula Hari Ini – Aplikasi Panggilan Video - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mula Menawarkan Aplikasi Duo Bermula Hari Ini – Aplikasi Panggilan Video

Google pada Google I/O yang lepas telah memperkenalkan aplikasi panggilan video yang menarik, dinamakan Duo. Selepas beberapa bulan ia diumumkan, kini Google telah pun memulakan penawaran aplikasi berkenaan kepada umum bermula hari ini.

Google Duo

Duo merupakan aplikasi panggilan video seorang ke seorang. Ia hadir dengan antaramuka yang sangat ringkas, dan pengguna akan dapat melihat terlebih dahulu video daripada pemanggil dalam masa-nyata sebelum menjawabnya. Duo menggunakan nombor telefon untuk pendaftaran, dan ia turut hadir dengan sokongan penyulitan penuh bagi tujuan privasi dan sekuriti tambahan.

Google menawarkan ia secara berperingkat, dan pengguna Android sudah boleh pra-daftar untuk muat-turun Android. Google mengatakan ia akan ditawarkan untuk semua pengguna Android dan iOS dalam hari-hari akan datang.

Pra-Daftar Google Duo untuk Android

Muat-Turun Google Duo untuk iPhone (masih belum aktif)






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aZOZu3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.