Hi! Welcome Back and Stay Tune! The Malaysian Insider kembali? Tidak benar, kata Jahabar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

The Malaysian Insider kembali? Tidak benar, kata Jahabar

Jahabar-Sadiq_insider_600

KUALA LUMPUR: Sebuah posting di media sosial yang mendakwa portal berita The Malaysian Insider (TMI) akan kembali disangkal bekas editornya hari ini sebagai palsu.

“Semua orang sedang berkongsi dalam Twitter dan Facebook tetapi ini tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Jahabar Sadiq, menafikan berita portal itu akan kembali selepas 5 bulan ditamatkan pemiliknya, The Edge Media Group.

“The Malaysian Insider sudah meninggal dunia pada 15.3.2016,” tulis Jahabar, yang turut mengesahkan ia palsu ketika dihubungi FMT.

Katanya, jenama TMI merupakan milik The Edge Media Group, yang mengambil alih portal itu pada 2014.

“Tidak ada sesiapa pun memiliki hak cipta ke atasnya, dan saya tidak tahu sesiapa pun yang akan menghidupkannya kembali menggunakan nama dan gaya sama. Sesiapa yang berbuat demikian menipu anda,” jelas Jahabar.

Orang ramai akan dimaklumkan sekiranya portal itu dihidupkan semula, kata Jahabar, sebelum berseloroh: “Majulah Sukan Untuk Negara”.

Bagaimanapun, posting itu rancak dikongsi termasuk oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

“The Malaysian Insider akan kembali! Tak sabar!” tulis Pua dalam Facebook.

TMI ditamatkan secara tiba-tiba pada 15 Mac lalu selepas beroperasi lebih 8 tahun. The Edge Media Group mendakwa ia kerugian hampir RM10 juta dalam tempoh 2 tahun memiliki portal itu.

Lebih 60 kakitangan TMI yang pernah menjadi portal dwibahasa paling banyak dilawati di Malaysia itu turut kehilangan kerja.

Tiga minggu sebelum itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak menghalang akses TMI selepas menuduh portal itu ancaman terhadap keselamatan negara.

TMI sebelum itu melaporkan pelbagai pendedahan mengenai syarikat milik negara 1MDB, dan pengarang serta wartawannya beberapa kali disoal siasat polis dan SKMM.

Sementara itu, FMT menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media, Ho Kay Tat, tetapi belum mendapat jawapan.





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today http://ift.tt/2beBTYR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.