Hi! Welcome Back and Stay Tune! YouTube Menguji Thumbnail Yang Bergerak Apabila Dilalui Anak Panah Tetikus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YouTube Menguji Thumbnail Yang Bergerak Apabila Dilalui Anak Panah Tetikus

Sebanyak 60 jam video dimuat naik ke dalam video setiap minit. Adalah mustahil bagi seorang manusia biasa untuk menonton kesemua video yang disimpan di laman video nombor satu dunia ini. Bagi mendapatkan perhatian pengguna, thumbnail yang cantik adalah perlu bagi memastikan video ditonton dalam jumlah yang banyak. Namun harus diakui thumbnail sahaja tidak memadai untuk mendapatkan idea apakah kandungan video yang bakal ditonton. Oleh itu sistem thumbnail bergerak kini mula diuji oleh Youtube.


Beberapa pengguna kini melaporkan menerima fungsi ini hari ini. Apabila anak panas tetikus berada di atas thumbnail video, ia akan mula bergerak dan menunjukkan beberapa babak terpilih dari video yang ingin ditonton. Ini sebenarnya fungsi yang sudah lama kami mahukan sejak melihatnya digunakan pada beberapa “laman dewasa” popular. Tidak diketahui sama ada sistem ini akan digunakan pada keseluruhan laman dalam masa terdekat. Kami berharap ia akan diaktifkan kepada semua kerana semakin banyak thumbnail YouTube yang langsung tidak menunjukkan kandungan video sebenar.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aVDUIs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.