Hi! Welcome Back and Stay Tune! PBB kini kuasai 45 daripada 82 kerusi DUN Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PBB kini kuasai 45 daripada 82 kerusi DUN Sarawak

adenan

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menerima permohonan keahlian lima pimpinan BN tanpa parti, sekaligus jumlah kerusi undangan negeri yang dikuasainya bertambah daripada 40 kepada 45.

Jumlah keseluruhan kerusi undangan negeri Sarawak adalah 82.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga Presiden PBB, mengumumkan hari ini bahawa partinya menerima permohonan Datuk Gerawat Gala, yang menang kerusi DUN Mulu dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, Miro Simuh (Serembu), John Ilus (Bukit Semuja), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).

Rosay dan Paulus adalah bekas pemimpin Teras, manakala tiga yang lain bekas ahli PBB, yang meletak jawatan sebelum bertanding dalam pilihan raya negeri 7 Mei lalu.

Rosey merupakan bekas Naib Presiden Kanan Teras manakala Paulis bekas Bendahari Agung Teras. Gerawat seorang peguam manakala Miro bekas ahli jawatankuasa Pemuda PBB. John pula penjawat awam bersara dan bekas ahli PBB.

“Bercakap kepada PBB, kita perlu terima secara prinsip, samada memulangkan atau menerima permohonan kelima mereka ke dalam PBB. Kami terima mereka secara prinsip, kita akan uruskan perinciannya nanti,” kata Adenan kepada pemberita di Pejabat Ketua Menteri.

Adenan berkata prosedur parti menetapkan mereka memohon di cawangan PBB berhampiran dalam kawasan masing-masing, di mana ia akan diluluskan oleh pimpinan bahagian dan akhirnya oleh majlis tertinggi PBB.

“Berkenaan William Mawan pula, beliau memohon diberi masa untuk memikirkan perkara ini,” kata Adenan, merujuk kepada bekas Presiden Teras itu. Mawan adalah Adun Pakan dan Ahli Parlimen Saratok.

Adenan berkata parti tidak akan mengambil kesempatan daripada pengukuhan kedudukan PBB ini, walaupun dengan 45 kerusi ia sudah mampu membentuk kerajaan bersendirian.

Ketika ditanya mengenai bantahan pemimpin seperti Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing bahawa PBB perlu patuhi perjanjian tidak bertulis yang kononnya menetapkan ia tidak akan menguasai lebih daripada separuh kerusi negeri, Adenan berkata rumusan perkongsian kuasa sedia ada dikekalkan.

“Seperti yang saya katakan, walaupun kita punyai majoriti, 45 daripada 82, itu tidak bererti kita tidak sudi berkongsi kuasa. Jemaah Menteri sedia ada dikekalkan, iaitu terdiri daripada ahli PRS, SPDP, SUPP dan juga UPP,” kata Adenan.

“Walaupun kita punyai majoriti mutlak, kita sedia berkongsi kuasa dengan rakan-rakan kita.”

Diminta mengulas langkah tiga bekas pemimpin Parti Rakyat Bersatu (UPP) Datuk Dr Jerip Susul, Dr Johnical Rayong dan Ranum Mina yang mahu menyertai UPP semula, Adenan berkata: “Mereka pilih untuk sertai UPP. Itu pilihan masing-masing.”

“Yang penting adalah mereka semua pilih untuk menyokong BN. Itu yang paling utama,” kata Adenan.

Dalam sidang media itu, Masing dan King Sing berada di kamar bersebelahan Pejabat Ketua Menteri, menanti taklimat Jemaah Menteri bersama pimpinan lain.

Mereka enggan mengulas. Lima pemimpin BN yang sertai PBB juga enggan mengulas, kecuali John yang berkata: “Seperti suatu kepulangan.”

 





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today http://ift.tt/2b8U98I

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.