5 Tahun Rahsia, Ini Kali Pertama Aku Sambut Tahun Baru Cina Dengan Suami
Tahun Baru Cina datang lagi. Biasanya kakak akan pastikan anak-anak ada baju berwarna merah untuk dipakai ketika pulang ke rumah keluarga sebelah suami di Pulau Pinang.
Mengimbau kembali tahun pertama kami menyambut Tahun Baru Cina, pada tahun 2005. Iaitu selepas 5 tahun berkahwin dan setelah anak tiga orang. Perkahwinan kami menjadi rahsia selama lima tahun, macam filem Hindustan tak? Hehehe.
Walaupun sudah berkahwin, ada anak, suami masih tidak berani buka mulut. Hanya ibu, ayah dan seorang dua adik-beradiknya yang tahu.
Abang dan kakak kakak sulung masih menganggap adik bongsu mereka ni bujang trang tang tang, dan masih beragama Buddha.
Namun, kami terfikir, sampai bila harus dirahsiakan? Anak-anak harus tahu saudara mara mereka, sepupu sepapat di sebelah sana. Dan yang paling ditakuti, rahsia tetap terbongkar andainya salah seorang dari ibu bapa suami kakak meninggal dunia.
Pastinya suami tidak dapat melakukan ritual agama Buddha. Dan tentunya menjadi persoalan di pihak yang belum mengetahui kisah sebenar.
Apabila keadaan ayah mertua semakin uzur, kami terus ambil keputusan untuk beritahu semua adik beradik.
Suami kakak mulakan langkah dengan menelefon salah seorang kakaknya. Panjang lebar mereka berbual dalam bahasa Hokkien. Seperti biasa, kakak tak faham sepatah pun.
Selang beberapa hari, suami beritahu yang keluarganya tak sabar nak jumpa kami semua.
Kami pun dibawa ke rumah ibu dan ayah mertua kakak. Semua adik beradik suami seramai tujuh orang, termasuk ahli keluarga masing masing sedang menunggu kedatangan kami. Berdebar juga kakak.
Kami disambut dengan senyuman, seperti bertemu saudara yang sudah lama tidak berjumpa. Ketika itu Adam baru berumur lima tahun, Idris empat dan Atin masih kecil, tiga tahun.
Teruja mereka melihat anak-anak saudara yang berwajah Melayu (Adam dan Idris) dan seorang amoi (Atin).
Bermula dari saat itu, kami tidak lagi menjadi rahsia. Kami akan dibawa bersama setiap kali pulang ke kampung. Tahun Baru Cina menjadi acara wajib setiap tahun. Lama kelamaan anak-anak pun sudah dapat menerima hakikat yang mereka adalah anak kacukan Melayu-Cina.
Banyak yang kakak belajar dari perkahwinan campur ini. Belajar memahami budaya dan cara hidup masyarakat berlainan bangsa dan agama.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment