Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber

Perkhidmatan Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Selain daripada dapat menjana pendapatan, penggunaan uber juga boleh menyebabkan kurangnya penggunaan kenderaan persedirian dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Apakah Uber?

Perkhidmatan Uber sebenarnya baru sahaja bertapak di Malaysia. Namun jangan terkejut kerana sebenarnya syarikat Uber ini sudah lama berjalan aktif dan sangat berjaya di luar negara dan pihak Forbes menganggarkan nilai syarikat Uber kini mencecah USD60 billion. Hebat bukan?

Ok secara konsepnya, Uber terdiri daripada 2 bahagian iaitu sebagai pengguna Uber dan juga pemandu Uber. Pengguna Uber adalah orang yang menggunakan perkhidmatan Uber untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan kata lain, sama seperti pengguna teksi. Pemandu Uber pula adalah perkhidmatan menjadi driver atau pemandu untuk orang lain dengan menggunakan kereta kita sendiri. Dengan kata lain, sama seperti pemandu teksi.

Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa Uber adalah perkhidmatan integrasi antara sebuah teksi dan kereta sewa. Apa yang menariknya tentang Uber adalah penggunaan aplikasi dan sistem Uber itu sendiri. Penumpang boleh membuat tempahan pemandu Uber dengan menggunakan aplikasi Uber di smartphone masing-masing dan pemandu Uber akan ambil penumpang di tempat yang dikehendaki. Senang bukan?

Cara Buat Duit Dengan Menjadi Pemandu Uber

Tahukah anda bahawa anda tidak perlu memiliki kelayakan akademik yang tinggi untuk berjaya dalam hidup. Malah kini telah terhidang di depan mata peluang untuk buat duit lebih, malahan boleh menjadi income tetap yang sangat lumayan jika anda pandai mengambil peluang dengan menjadi pemandu Uber. Sajakongsi.com telah menyenaraikan pemandu uber sebagai antara 5 Pekerjaan Di Malaysia Yang Menawarkan Bayaran Lumayan Tanpa Ijazah. (http://ift.tt/2kn7MWZ) Anda boleh menjadi pemandu Uber secara sambilan ataupun sepenuh masa dan menikmati gaji yang lumayan daripada Uber. RM10 ribu atau RM5 ribu sebulan secara sambilan? Anda yang tentukan!

Gaji Pemandu Uber Malaysia

Pihak syarikat Uber akan membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. Cara pengiraan caj Uber adalah sebanyak 20% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan anda memandu adalah sebanyak RM100, jadi pihak Uber akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu Uber akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun bank mereka pada hari setiap Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya.

Kriteria Kelayakan Pendaftaran Sebagai Pemandu Uber

Kelayakan ini akan diceritakan semasa latihan onboarding mereka. Berikut adalah kelayakan untuk menjadi Uber Driver atau juga dikenali sebagai Uber Partner.

  • Mempunyai smartphone dengan data
  • Kereta 4 pintu dan minima insuran 1.0 HP
  • Cover note insuran kereta dengan nama anda.
    Anda tidak perlu mempunyai kereta atau kereta yang didaftarkan di bawah nama anda. Apa yang perlu hanya cover note insuran dengan nama anda. Anda boleh gunakan mana-mana kereta orang lain asalkan anda tambahkan nama anda di dalam cover note insuran kereta tersebut sahaja. Kereta Viva atau Myvi pun boleh digunakan.
  • Kereta berusia 8 tahun ke bawah

    Anda perlu mencari kereta paling murah tetapi usianya 8 tahun dan kereta ini ada nama anda dalam cover note insuran. Itu sahaja yang anda perlu lakukan. Jika anda tidak mempunyai kereta ini, boleh minta mana-mana kawan masukkan nama buat sementara ke covernote insuran mereka. Hanya sekadar letak nama bukan untuk gunakan kereta itu pun.

  • Mempunyai lesen memandu yang sah
  • Tiada rekod jenayah

Bersedia Untuk Jadi Pemandu Uber? Jom Daftar!

Sila ikut langkah di bawah satu persatu untuk proses pendaftaran pemandu Uber. Pastikan anda mendaftar dengan HANYA menggunakan kod rujukan link di bawah sahaja.

Langkah 1

Klik sini atau link di bawah untuk mendaftar sebagai pemandu Uber.

Cara Daftar Pemandu Uber

Isi segala maklumat seperti nama penuh, alamat email dan nombor telefon serta lokasi terdekat anda kemudian klik pada SUBMIT.

Langkah 2

Cara Daftar Pemandu Uber - Step 2

Pilih “I want to drive my own vehicle” dan tekan Continue. Pastikan anda mempunyai lesen memandu yang sah dan berumur 21 tahun ke atas.

Langkah 3

Cara Daftar Pemandu Uber - Step 3

Pastikan kereta yang ingin didaftarkan itu adalah tahun 2008 atau lebih baru dan mempunyai 4 pintu. Kemudian tekan Continue.

Langkah 4

Cara Daftar Pemandu Uber - Step 4
Langkah seterusnya ialah anda perlu upload semua dokumen di atas iaitu:

  1. Gambar Kad Pengenalan
  2. Gambar Lesen Memandu
  3. Gambar Covernote Insurans Kenderaan

Setelah semua di upload. Sila tekan Continue. Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar sebagai pemandu Uber Malaysia.

Langkah 5

Langkah seterusnya adalah anda perlu ke lokasi onboarding Uber. Buka email anda. Di sana ada link untuk lokasi onboarding mereka.

Cara Daftar Pemandu Uber - Lokasi Onboarding

Cara Daftar Pemandu Uber - Lokasi Onboarding 2

Pilih lokasi terdekat dengan anda dan pergi ke sana dengan membawa 3 dokumen yang telah anda upload iaitu Lesen Memandu, MyKad dan Covernote insurans. Anda akan diberi latihan dan bimbingan percuma di sini. Ini adalah WAJIB. Anda perlu datang mendengar latihan mereka dan menerima userid dan password anda. Setelah selesai sesi latihan dan pendaftaran, anda akan diajar bagaimana beroperasi sebagai pemandu peribadi Uber. Sila maklum bahawa pemandu Uber memiliki status yang lebih tinggi sebagai pemandu peribadi.

Langkah 6

Langkah terakhir ialah muat turun aplikasi Uber Partner pada telefon pintar anda untuk pengguna Android dan iOS.

Uber Partner Android App

Selamat berjaya dalam dunia UBER!!

Carian Berkaitan

gaji pemandu uber, gaji uber malaysia, pemandu uber malaysia, pemandu uber

Artikel Berkaitan

Tags: #buat duit dengan uber malaysia #cara daftar uber #cara daftar uber driver malaysia #cara menjadi driver uber #gaji pemandu uber #how uber works #pengalaman uber #uber malaysia





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.