Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Bahan Api Februari 2017 – Petrol RON95 Dan RON97 Naik 20 Sen, Manakala Diesel Pula Naik 10 Sen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Bahan Api Februari 2017 – Petrol RON95 Dan RON97 Naik 20 Sen, Manakala Diesel Pula Naik 10 Sen

Kini semuanya terjawab dan khabar angin yang bertiup sebelumnya juga hampir tepat; harga semua bahan api bagi Februari 2017 akan naik menjadi lebih mahal berbanding bulan Januari lalu. Bermula tengah malam ini, petrol RON95 naik 20 sen, dan akan dijual pada harga RM2.30 seliter. Sama juga dengan RON97 yang juga dinaikkan 20 sen kepada RM2.60 seliter.

Bagi bahan api diesel pula, ia tetap naik 10 sen, dan dijual pada harga RM2.15 sementara bagi diesel Euro 5 harganya ialah RM2.25 seliter. Dengan pengumuman ini, nampak gayanya harga bahan api di Malaysia meneruskan trend kenaikan harga bagi dua bulan pertama 2017 ini.

Harga terendah yang dicatatkan setakat ini ialah pada September 2016, dengan RON95 dijual pada harga RM1.70 seliter, sementara RON97 pula pada kadar RM2.05 seliter. Kali terakhir harga bahan api turun ialah pada Disember 2016, sebanyak lima sen.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.