Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kia Ada Perancangan Untuk Tampilkan Transmisi Auto Lima-kelajuan Untuk Rio Akan Datang Buat Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kia Ada Perancangan Untuk Tampilkan Transmisi Auto Lima-kelajuan Untuk Rio Akan Datang Buat Malaysia

2017 Kia Rio SLi 2017 spesifikasi Australia

Model baharu bagi Kia Rio generasi ke-empat bakal diperkenalkan buat pasaran Malaysia tidak lama lagi, dijangka pada suku kedua tahun ini.

Hanya membawakan sedikit perubahan bagi imej luaran dan dalamannya, walau bagaimana pun, Rio 2017 tidak mengalami sebarang peningkatan daripada segi mekanikal. Sebaliknya mengekalkan penjana kuasa yang sama iaitu enjin KIA Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT yang menghasilkan 109 PS dan tork setinggi 137 Nm, serta dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.

Hujung minggu lalu, kami berpeluang memandu uji Rio 2017 ini di Melbourne, Australia, iaitu untuk model spesifikasi negara kanggaru ini. Ulasan mengenai sesi pandu uji tersebut akan dipaparkan kelak. Walau bagaimana pun, kami sempat bertanyakan kepada pihak Kia Motors Corporation (KMC) berhubung dengan model Rio yang bakal dibawa ke Malaysia.

Menurut wakil Pasukan Pemasaran Produk KMC, sama seperti model bagi pasaran Australia, Malaysia hanya akan membawa masuk enjin 1.4 MPI sahaja, berbanding di Eropah yang menerima tiga pilihan enjin iaitu 1.0L T-GDI turbo, 1.25L dan 1.4L turbo diesel.

“Seperti sebelum ini, Malaysia hanya membawa masuk satu pilihan enjin sahaja bagi Rio 2017, iaitu dengan transmisi automatik empat-kelajuan,” ujarnya.

Beliau berkata, “Walau bagaimana pun, KMC ada rancangan untuk mempertingkatkan kotak gear automatik untuk Rio akan datang bagi pasaran Malaysia iaitu dengan lima-kelajuan. Buat setakat ini, ia masih dalam perancangan dan belum dimuktamadkan. Namun ada kebarangkalian, ia akan diimplementasikan memandangkan ada permintaan untuk peningkatan kotak gear ini, cuma tidak ada timeline mengenainya. Tetapi jika ia dilaksanakan, mungkin harganya akan menjadi sedikit tinggi,” ujarnya.

Sehingga kini, Kia masih mengekalkan kotak gear automatik konvensional empat-kelajuan untuk semua modelnya, sedangkan semakin banyak pengeluar kenderaan global sudah bertukar ke CVT.

Ketika ditanya, adakah Kia akan menukar arah dengan memilih Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) untuk mana-mana model yang akan datang, jawabnya, “Buat setakat ini, kami masih mahu meneruskan penggunaan kotak gear konvensional untuk dipadankan dengan mana-mana enjin. Belum ada perancangan untuk menukarnya kepada CVT. Hanya perancangan untuk meningkatkan enjin dan transmisi sedia ada sahaja.”





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.