Hi! Welcome Back and Stay Tune! Surat Minta Azan Diperlahankan: Tindakan Melampau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Surat Minta Azan Diperlahankan: Tindakan Melampau

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan individu atau pihak tertentu yang menulis surat kepada pengurusan Masjid Aman di Taman Kenangan di sini meminta supaya memperlahankan azan menerusi pembesar ­suara.

Ketua Aktivis PPIM negeri, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, perbuatan itu melampau kerana menyentuh sensitiviti agama selain tidak menghormati Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya telah membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kesahihan surat terbabit dan mengesan dalang sebenar yang bertanggungjawab menulisnya.

“Masjid ini terletak di kawasan yang penduduknya lebih 90 peratus orang Islam. Bukannya kawasan orang Cina. Untuk makluman, sebelum kawasan perumahan diwujudkan, masjid ini terlebih dahulu dibina sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

“Orang Melayu Kelantan selama ini menghormati kepercayaan agama lain dan tidak pernah mempertikaikan amalan mereka. Tindakan penulis surat berkenaan dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian yang kita kecapi ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Aman, Azmi Mahmood bersama ahli jemaah masjid tersebut.

Dalam surat bertarikh 10 Janua­ri tersebut, penulisnya mendakwa mewakili masyarakat berketurunan Cina di Taman Kenangan meminta supaya azan terutama pada waktu Subuh diperlahankan dan dialihkan daripada menghala ke arah kediaman mereka.

Surat tersebut ditandatangani oleh ahli perniagaan terkemuka negeri ini, Datuk Seri Sunny Ung.

Mengulas lanjut, Mohd. Fared memberitahu, sebaik sahaja me­nerima surat tersebut, Azmi segera menghubungi Sunny namun beliau menafikan telah me­nulis surat seumpama itu.

“Sunny kata dia tidak buat tetapi kalau betul dia buat, kita minta dia buat permohonan maaf secara terbuka kepada jemaah Masjid Aman serta semua penduduk di Taman Kenangan,” katanya.

The post Surat Minta Azan Diperlahankan: Tindakan Melampau appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.