Aplikasi Media Sosial Lego Life Dilancarkan Untuk Peminat Lego
Permainan Lego dikatakan mampu meningkatkan tahap kekreatifan anak-kanak yang memainkannya. Sebagai seorang insan yang membesar di dalam dekad 80an, Lego ialah permainan pilihan kerana ia boleh digunakan untuk menghasilkan permainan lain seperti Transformers, MASK dan ThunderCats tanpa ibu bapa membeli permainan berasingan. Jenama Lego kembali popular sejak kebelakangan ini walaupun bersaing dengan permainan elektronik.
Menyedari kepopularan mainan keluaran mereka di kalangan kanak-kanak, Lego melancarkan media sosial Lego Life. Ia terbuka kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun untuk berkongsi binaan Lego mereka di secara selamat. Wajah pengguna sebenar tidak dipaparkan sebaliknya hanya avatar Minifig boleh digunakan. Ruangan komen dipantau menggunakan bot dan kakitangan Lego Lagi bagi mengelakkan kandungan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Terdapat hub khas untuk tema-tema set Lego yang dihasilkan bagi memudahkan interaksi. Pada waktu yang sama hanya iklan produk keluaran mereka akan dipaparkan. Buat masa ini aplikasi Lego Life hanya boleh dimuat turun pengguna Android dan iOS di Amerika Syarikat, UK, Kanada, Perancis, Jerman, Denmark, Austria serta Switzerland.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2klrbYv
Post a Comment