Kerajaan India Rancang Berikan Wi-Fi Percuma Kepada Lebih 1,000 Perkampungan
Pada hari ini, internet menjadi salah satu penyumbang terbesar dalam kehidupan masyarakat moden zaman sekarang. Jika anda sebahagian daripada mereka, tidak dapat dinafikan internet kini adalah satu keperluan. Banyak perkara yang dilakukan melalui internet, contohnya seperti membuat pembelian, pembayaran bil, pendaftaran dan pelbagai lagi. Semuanya hanya dihujung jari.
Oleh itu, mempunyai sambungan internet yang baik adalah sangat penting. Satu inisiatif yang baik dilakukan Kerajaan India apabila mengumumkan rancangan memasang lebih 1,000 Wi-Fi baru di kawasan-kawasan yang mempunyai sambungan internet kurang baik.
Projek ini dijangka akan menelan kos sebanyak $62 bilion Usd, menara ini akan dipasang di kawasan-kawasan perkampungan supaya penduduk tempatan dengan mudah dapat menggunakan internet pada telefon pintar mereka. Program ini digelar sebagai ‘digital village’ . Menerusi kenyataan oleh Pegawai Kementerian Teknologi dan Maklumat India, usaha ini adalah sebagai dorongan kepada penduduk luar bandar untuk menggunakan teknologi digital.
Seiring dengan pencapaian India sebagai negara paling pesat berkembang di dunia, tindakan ini mendapat sokongan yang baik oleh sektor-sektor teknologi seperti startup. Umumnya, India memang terkenal dengan pusat IT paling terbesar di dunia. Walaupun negaranya kadang-kala digemparkan dengan berita buruk, dari segi teknologi India adalah antara yang terhebat.
Diharapkan suatu hari nanti Malaysia juga mencapai tahap di mana perkhidmatan Wi-Fi percuma berkelajuan tinggi disediakan merata-rata. Tidak kira baik di kawasan bandar ataupun luar bandar sehingga rakyat Malaysia tidak lagi kenal makna ‘No Service’.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment