Hi! Welcome Back and Stay Tune! Status Annuar Sebagai Ketua Penerangan UMNO Atas Budi Bicara Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Status Annuar Sebagai Ketua Penerangan UMNO Atas Budi Bicara Najib

Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan Umno selepas penggantungannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) terserah kepada keputusan presiden parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jawatan beliau dalam Umno dilantik presiden dan penggantungan Tan Sri Annuar adalah dalam agensi kerajaan.

“Tidak berbangkit jawatannya dalam Umno, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mara hari ini menggantung tugas Anggota Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi itu di sini.

Ia membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Tengku Adnan berkata penggantungan itu juga sebagai prosedur siasatan dan belum terbukti Annuar melakukan kesalahan.

“Sebagai Ketua Penerangan Umno, beliau bekerja dengan kuat dan melaksanakan tugas dengan baik, tidak ada masalah,” katanya. –Bernama

The post Status Annuar Sebagai Ketua Penerangan UMNO Atas Budi Bicara Najib appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.