Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Pemilik Restoran Ini Tidak Mahu Tempatnya Jadi Tempat Lepak, Dan 3 Tip Dari Beliau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Pemilik Restoran Ini Tidak Mahu Tempatnya Jadi Tempat Lepak, Dan 3 Tip Dari Beliau

Tahun lepas aku pergi satu restoran ini. Pemilik dia aktif promosikan di FB.

Tapi mungkin sebab lepas 3 bulan aku baca tulisan pemilik dia baru aku jejak kaki, waktu aku sampai tu makanan yang dia promosikan sedap di FB tarak.

Aku agak tukang masak lari… dan memang betul lari pun…

Lepas setahun, aku datang balik… ini cerita bulan lepas.

Aku datang malam.. pukul 8 lebih. Restoran masih sama, tak ada skrin besar, tv kecil pun tak ada!

Tapi siap dah tambah satu lot kedai sebelah.. luar kedai pula ditambah-tambah meja.

Cuba kau bayangkan, kalau kira jumlah meja dengan kerusi aku rasa dah hampir 70% sama dengan NZ Wangsa Maju yang ada skrin besar.

Dan pukul 8 aku datang tu, boleh kata semua meja penuh!

Pemilik restoran nampak aku, terus ajak sembang. Ada beberapa tip bagus yang dia kongsi:

1. Viral

Banyak restoran sekitar kawasan dia boleh kata semua viral di Facebook tapi tak bertahan lama. Viral sekejab kemudian senyap.

Atau ada juga masuk JJCM (Jalan-jalan Cari Makan) pun penuh juga tapi lepas sebulan senyap.

Jadi apa masaalahnya?

“Bila nak main viral, jangan viralkan menu yang rare atau payah dibuat. Viralkan benda yang senang dibuat, contohnya air atau menu ringkas tapi sedap gila.”

Pemilik tu kata lagi, “Bila kau viral menu yang rare atau mahal, orang sekadar pergi nak cuba je. Lepas dah rasa, mana nak pergi lagi dah.”

Betul juga kepala otak dia.

2. Skrin besar

aku tanya dia kenapa meja dah bertambah banyak tapi dia masih tak pasang skrin besar. Senang sikit nak tengok bola.

“Aku tak pasang skrin besar pun orang datang, jadi buat apa aku pasang?” betul lagi jawapan dia.

Dia sambung, “Aku nak orang yang datang restoran aku ni datang sebab nak makan, bukan sebab nak melepak tengok TV atau bola. Orang yang datang makan biasa ambil masa 30 minit. Jadi lepas 30 minit, meja dia tu boleh diisi oleh pelanggan baru yang lain.”

“Kalau restoran aku jadi tempat lepak, meja yang sama diduduk oleh pelanggan yang sama selama sejam lebih! Siapa yang rugi? Dahlah pesan air teh ais je.”

Ada orang fikir bila ramai melepak di restoran tu akan jadi lebih untung sebenarnya rugi.

Baik dia fokus pada naikkan kualiti rasa makanan.

3. Harga air mahal

Aku tanya dia lagi kenapa harga teh ais dia mahal.

Dia jawab, “Aku saja letak mahal supaya aku boleh eliminate budak universiti daripada jadi pelanggan aku.”

Kan bagus kalau dapat tarik budak universiti datang?

“Budak universiti mana ada duit sangat. Datang melepak dengan kawan berjam-jam tapi order air je. Aku memang tak nak orang datang restoran aku untuk melepak.”

Ada banyak lagi aku sembang dengan dia. Cukup 3 benda ni aku cerita.

Sebab 3 benda ni memang ada beberapa kawan aku yang buka restoran buat. Dan akibatnya macam yang pemilik ini cakap, “Restoran jadi tempat melepak berjam-jam tapi pesan air sahaja.”

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.