Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nilai Mata Wang Malaysia Terkini. Kita Menuju Krisis! Rakyat Malaysia Makin Miskin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nilai Mata Wang Malaysia Terkini. Kita Menuju Krisis! Rakyat Malaysia Makin Miskin

Nilai Mata Wang Malaysia Terkini. Kita Menuju Krisis! Rakyat Malaysia Makin Miskin

nilai mata wang malaysiaTahun 2016 telah melabuhkan tirainya. Satu tahun yang memenat dan menyakitkan bagi rakyat Malaysia. Sudah mula kedengaran banyak cakap mengenai apa dijangka akan berlaku pada tahun 2017 kali ini.

Sesuatu yang orang ramai tidak mahu dengar yang mana, rata-rata berpendapat tahun 2017 ini rakyat akan terus mengikat perbelanjaan mereka bukan sahaja di Malaysia malah di kebanyakan negara luar dek kerana kegagalan ekonomi di negara masing-masing.

Dr Suresh Ramanathan yang merupakan seorang pakar ekonomi terutamanya dalam lapangan mikroekonomi mengatakan situasi yang kita hadapi pada hari ini adalah lebih kurang sama sepertimana yang pernah berlaku dahulu di era pasca Perang Dunia Kedua. Di mana dua kuasa ekonomi dunia seperti UK dan US telah menarik diri dari pasaran ekonomi kalangan negara-negara di dunia.

  • Pertama : Isu brexit
  • Kedua : Dasar polisi Trump

Kalangan daripada kita di sini, tidak pernah mengetahui dan mengalami situasi seperti ini sebelumnya. Ini suatu situasi yang baru yang mana mahu atau tidak kita perlu menghadapi senario seperti ini. Amerika perlu apa yang terbaik untuk survival ekonomi mereka. Jadi apa sahaja polisi termasuk tindakannya yang meletakkan “halangan perdagangan” ataupun meletakkan “dindang” kepada perjanjian perdagangan bebas ia pastinya memberikan kesan negatif kepada ekonomi negara lain yang bergantung harap kepada polisi seperti ini.

Ekonomi Amerika pernah melalui zaman kegawatan ekonomi pada 2008 tetapi dengan beberapa polisi penambaikan termasuk kadar faedah yang sangat rendah akhirnya ekonomi Amerika telah begerak baik walaupun dalam momentum yang perlahan dan sedang berak ke arah paras ekonomi yang sepatutnya Amerika berada dahulu.

Kesan Kenaikan Kadar Faedah dan Nilai Mata Wang Malaysia Turun?

Nah…sekarang Amerika dalam fasa untuk menaikkan kembali kadar faedah melalui Federal Reserve. Persoalannya, Apa kesan kepada rakyat Malaysia?

Sebenarnya majoriti penanda aras kadar faedah global berpandukan kepada kadar faedah di Amerika Syarikat dan London Interbank Offered rate atau LIBOR. Ini termasuklah kadar pinjaman rumah, pinjaman kereta anda. Bagaimana ia beroperasi?

  • London Interbank Offered rate atau LIBOR dalam menentukan kadar faedah mereka berpandukan kepada kadar faedah di Amerika
    Ini bermakna jikalau kadar faedah Amerika oleh federal Reserve naik, maka kadar faedah London Interbank Offered rate atau LIBOR akan naik sama
  • Jadi apabila naik, secara automatik kecairan dalam pasaran diperketatkan
  • Sehingga memberikan tekanan kepada pasaran kewangan tempatan untuk turut menaikkan kadar faedah OPR Malaysia kita sekaligus memberikan “signal” jelas untuk kadar pinjaman perumahan, pinjaman kereta anda untuk dinaikkan sama
  • Ataupun dengan cara lain dasar monetari kita diperketatkan yang sekaligus memberikan kesan kepada kelulusan permohonan pinjaman anda

Kecairan dalam pasaran sudah berlaku terlalu lama dan terlalu banyak dalam pasaran dunia sejak krisis ekonomi dunia termasuk di Amerika dan Eropah sehingga menyebabkan pembangunan pesat telah berlaku, pinjaman berlaku di mana-mana dengan mudah, perniagaan diperluaskan, pelaburan semakin pesat termasuk di Malaysia. Dan ini semua berlaku selepas kadar faedah Amerika diturunkan pada kadar yang sangat rendah. Dan sekarang kadar faedah Amerika sedang dalam fasa untuk naik. Dollar Amerika juga adalam matawangan antarabangsa. Jadi, semestinya memberikan kesan besar kepada pelabur dan sekaligus kesan besar kepada negara lain di dunia.

Pada tahun 1994, Amerika Syarikat telah mengumumkan kenaikan kadar faedah mereka manakala berlakunya krisis hutang di Mexico pada waktu itu. Manakala negara-negara Asia Tengara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand telah berlaku kepesatan ekonomi sehingga pertumbuhan ekonomi masing-masing berada pada kadar antara 8 hingga 10 peratus. Dan tiada masalah ekonomi pada waktu itu. Dan gara-gara kenaikan kadar faedah di Amerika itulah adalah antara penyebab kepada kepada krisis kemelesetan ekonomi di peringkat Asia pada tahun 1997/1998.

Dan Dr Suresh Ramanathan sendiri mengatakan ada persamaan dengan apa yang berlaku dahulu dengan sekarang. Dan dijangka ramai tahun ini sahaja Amerika akan mengumumkan 3 lagi kenaikan kadar faedah dan ini akan membawa ke era krisis.

Dr Suresh Ramanathan juga mengingatkan yang mana negara kita Malaysia sedang ke arah krisis matawang. Ini kerana berdasarkan kajian dan pemerhatiannya, nilai mata wang Malaysia telah melepasi paras RM3.80 dan terus naik dan naik di mana-mana tiada tanda ke arah pemulihan sehingga ke hari ini. Kita mesti ingat semula, di mana kali terakhir kita menyaksikan nilai mata wang Malaysia berada pada paras RM3.80 adalah pada tahun 1998 di mana nilai mata wang Malaysia kita telah diapungkan dari nilai RM4.80 pada ketika itu.

Di antara 30 September 1998 sehingga pertengahan Julai 2015, nilai mata wang Malaysia tidak pernah melepasi ke paras RM3.80.

Jadi apabila nilai mata wang Malaysia telah melepasi paras RM3.80 dan masih kekal naik untuk satu tempoh yang lama, SEMESTINYA ADA TIDAK KENA DAN SALAH DENGAN ASAS EKONOMI MALAYSIA.

Samada kesilapan daripada sudut struktur ataupun polisi.

Jadi nasihat Dr Suresh Ramanathan kepada rakyat Malaysia, amsih belum terlambat mulakan daripada sekarang menjaga dan menguruskan kewangan anda, mengawal perbelanjaan, dan membuang perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu. Hakikatnya yang perlu rakyat Malaysia tahu apabila nilai mata wang Malaysia hari ini turun, setiap orang daripada kita di sini menjadi semakin miskin. Ini kerana penurunan nilai mata wang Malaysia telah menyebabkan kos barangan, produk melonjak naik. Dan kerajaan harus cepat menangani krisis mata wang ringgit Malaysia ini untuk membawa kepada nilai mata wang Malaysia yang sepatutnya ia berada sekarang.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.