Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minat Fotografi Dorong Fotografer Ini Rakam Gambar Dari Sudut Berbeza Dengan Drone - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minat Fotografi Dorong Fotografer Ini Rakam Gambar Dari Sudut Berbeza Dengan Drone

Sewaktu pertama kali melihat video highrise yang dikongsikan oleh jurugambar bebas Nasrul Effendy, saya terus tertarik dengan hasil kerja beliau.

Menurut Nasrul minat merakam gambar dari jarak tinggi bagi fotografer bebas ini bermula sejak beliau berusia disekitar 20-an, diwaktu zaman fotografer masih menggunakan kamera filem. Dan pada tahun 2014 beliau mula berjinak merakam video dan foto menggunakan drone.

Bagi Nasrul juga, kepuasan yang paling beliau rasai apabila dapat merakam gambar dan video menggunakan drone adalah gambar yang diperolehi adalah dari sudut berbeza dan diwaktu yang sama beliau bebas mengawal drone dari bawah.

Bagi lokasi pilihan pula, selalunya beliau lebih gemar merakam keindahan alam semula jadi.

Ditanya tentang cabaran mengendalikan drone pula, selalunya cuaca seperti tiupan angin yang kuat dan di sesetengah kawasan pula terdapat ganguan magnetik yang kuat hingga menganggu signal drone.

View dramatik KLCC dan KL Tower dari rakaman drone. Cantik kan?

Bantu pencarian mangsa lemas dengan bantuan drone dan kenangan manis

Meskipun tujuan asal drone beliau digunaka untuk merakam gambar dan video, Nasrul juga pernah membantu pasukan mencari dan menyelamat pelajar tahfiz yang lemas di Damai Beach Resort, Sarawak.

Ujar Nasrul, “kebetulan saya ada ditempat kejadian atas urusan kerja. Menurut pekerja hotel kejadian itu tidak jauh dari persisiran pantai apabila salah seorang dari sekumpulan pelajar tahfis yang berada di atas batu-batuan gagal menyeberang ke daratan semula disebabkan air laut yang tengah pasang pada waktu itu. Alhamdulillah mayat pelajar yang terlibat berjaya dijumpai oleh pihak penyelamat walaupun jauh dari tempat kejadian.”

Menurut Nasrul, antara perkara manis yang beliau akan ingat sepanjang kerjaya sebagai fotografer adalah merakam pemeriksaan barisan oleh Sultan Johor sempena konvokesyen ke 15 di UTHM dan ia turut di hadiri oleh TMJ.

Selain daripada itu, berpeluang  merakamkan keindahan KLCC dan KL Tower di atas awan yang rendah di waktu pagi turut memberi satu kepuasan buat beliau.

Rakaman drone sewaktu pemeriksaan barisan oleh Sultan Johor sempena konvokesyen ke 15 di UTHM.

Masjid Wilayah dari rakaman drone

Tips gunakan drone

Nasrul sempat berkongsi tips berikut buat anda yang turut ingin mencuba rakam gambar dengan drone:

1.  Sebelum drone diterbangkan, pastikan drone dan bateri berada dalam keadaan baik dan kipas dipasang dengan sempurna bagi mengelakkan kejadian drone terhempas sewaktu sedang terbang

2. Pastikan juga signal GPS kuat

3. Elakkan menerbangkan drone di kawasan yng mempunyai ganguan magnetik yang kuat kerana ia boleh mengangu signal.

4. Sebaiknya buat latihan menerbangkan drone dalam mode manual sebelum anda benar-benar bersedia rakam gambar dilokasi yang anda ingin rakam.

5. Utamakan keselamatan anda sebelum dan semasa menerbangkan drone. Maklumlah kalau dah leka kita mungkin tak sedar bahaya yang menunggu di depan, contohnya sewaktu di tepi lereng bukit dan di pantai.

Berikut video awsome yang telah berjaya dirakam oleh Nasrul meliputi beberapa lokasi di dalam dan di luar negara.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.