Rahsia beli 3 biji rumah RM200,000 dengan gaji RM3,000 sebulan yang tak ramai orang tahu
Tok dah pesan banyak kali sebelum ni.
Duit banyak atau tak, tu bukan masalah yang halang korang untuk membeli rumah tahun ni.
Boleh je beli rumah walaupun gaji bulanan korang tak banyak. Janji korang rajin cari ilmu dan belajar dengan orang yang ada pengalaman buat benda yang sama.
Dan kalau korang serius nak belajar ilmu ni, hadamkan elok-elok nukilan ilmu Tuan Harith Faisal ni sekarang.
Lepas ni, takde dah alasan untuk korang tak tambah koleksi rumah tahun ini.
Gaji RM3,000, tapi lepas beli 3 biji rumah RM200,000? Biar betul?
Kadang-kadang, ramai yang pelik macam mana orang bergaji RM3,000 sebulan boleh beli sampai 3 biji rumah (apartmen).
Setiap daripada 3 biji apartmen tu, dah tentu-tentu perlukan pembiayaan sebanyak RM200,000 setiap satu.
Ansuran bulanan bagi setiap 3 biji rumah tu pula RM1,000 (anggaran).
Bermakna, untuk bela 3 biji rumah tu, perlukan RM3,000 untuk ansuran bulanan.
Fikir logik kita:
“Macam mana mamat ni boleh lepas beli sampai 3 biji? Apa magik dia pakai?”
Mana ramai orang tak fikir yang bukan-bukan. Kalau ansuran RM3,000 sebulan ditolak dengan gaji RM3,000, sah-sah baki yang tinggal adalah “0.”
Lagi satu. Bank mana yang akan luluskan pembiayaan sampai 3 biji rumah?
Ramai akan kata, ini semua tipu belaka. Akan muncul tuduhan, kata mamat tu ada orang dalam, ada kabel kuat, dan macam-macam lagi tomahan jijik yang ada.
Cara buat bank kasi lulus loan rumah anda berkali-kali (tanpa gagal)
Sebelum korang terus menuduh yang bukan-bukan, ini dia cara mereka beli rumah berkali-kali walaupun hanya bergaji RM3,000.
Mesti korang pernah dengar tentang Tenancy Agreement (TA), kan?
Kalau korang nak tau, mereka gunakan benda ni untuk menyokong pendapatan semasa korang.
TA ni, korang perlu cop/matikan duit setem di LHDN supaya hasil sewaan rumah korang tu jadi sebagai pendapatan tambahan.
Masa korang nak buat pembiayaan rumah ke-2 nanti, pastikan korang bawa sekali TA yang dah siap dimatikan duti setem.
KLIK SEKARANG UNTUK BACA: “Macam mana buat duit kaw-kaw dengan hartanah?” – 3 strategi asas pelabur newbie wajib tahu.
Contoh kira-kira untuk anda beli rumah ke-2
Katakan, gaji bulanan korang yang hakiki RM3,000.
Pendapatan sewa rumah pertama yang korang beli tu, boleh dapat RM1,300. Ansuran bulanan rumah tu pula, RM1,000.
Jadi, pendapatan korang akan jadi:
- RM3,000 (gaji bulanan) + RM1,300 (untung sewa) =
- RM4,300
Komitmen RM1,000 hanya 23% daripada jumlah pendapatan RM4,300 korang. In Shaa Allah, pembiayaan rumah ke-2 memang boleh lulus.
Contoh kira-kira untuk beli rumah ke-3
Kita gunakan contoh sebelum ini.
Gaji korang, RM3,000. Dan pendapatan rumah sewa pertama dan ke-2 tadi, korang boleh dapatkan RM1,300 setiap satu.
Bermakna, korang ada pendapatan tambahan sebanyak RM2,600 sebulan.
Komitmen untuk ansuran bulanan pula, kekal RM1,000 untuk setiap rumah yang korang ada. Berjumlah RM2,000.
Sekarang, pendapatan korang di mata bank akan jadi:
- RM3,000 (gaji bulanan) + RM1,300 (untung sewa) + RM1,300 (untung sewa) =
- RM5,600
Komitmen RM2,000 sebulan hanya makan 36% daripada pendapatan bulanan baru korang tu (RM5,600). In Shaa Allah, pembiayaan rumah ke-3 pun, korang boleh lepas.
Contoh kira-kira untuk anda beli rumah ke-4, dan seterusnya
Kita gunakan contoh sebelum ini sekali lagi.
Gaji korang RM3,000. Dan korang ada pendapatan sewa daripada rumah pertama, ke-2, dan ke-3 tadi (RM1,300 X 3 = RM3,900).
Berapa pulak pendapatan korang kali ni?:
- RM3,000 + RM1,300 + RM1,300 + RM1,300 =
- RM6,900
Komitmen bulanan untuk setiap rumah tadi kekal RM1,000 sebulan. Jadi, setiap bulan, korang kena bayar kat bank RM3,000.
Kalau komitmen RM3,000 setiap bulan, baru 44% daripada pendapatan korang yang RM6,900 tu.
Agak-agak korang, boleh lepas tak untuk beli beli rumah yang ke-4 pulak?
KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Siapa kata susah nak cari rumah second hand murah tahun ini?
Tak mustahil untuk anda tambah koleksi rumah pelaburan selepas ini
Sebab ni, orang bergaji RM3,000 pun boleh beli banyak rumah. Lebih daripada 3 biji pun ada.
Kira-kira yang korang baca ni takde sebarang trik. Memang sah di sisi undang-undang. Dan yang paling syok sekali, semua orang boleh buat strategi ni.
Nota Ekstra #1: Selain untuk buktikan pendapatan sewa, Tenancy Agreement juga perlu ada untuk menjaga kepentingan dan hak tuan rumah dan penyewa.
Nota Ekstra #2: Tak semua bank akan kira 100% daripada pendapatan sewaan korang. Ada bank yang hanya kira 80%, dan ada jugak yang kira 50% je.
Sila buat survey dan kajian sendiri. Tanya dan sahkan dekat bank dulu sebelum apa-apa hal.
Korang tak payah risau. Kiraan perkara ni tak melibatkan kemahiran mengira tahap dewa-dewa. Budak lepasan PMR pun confirm boleh kira.
—
Korang mesti dah nampak dan tau apa nak buat, kan?
Lagi awal korang merancang tindakan, lagi awal korang boleh beli rumah. Tok tak nak tengok korang buang masa lagi.
SHARE artikel ni dekat kawan-kawan atau sedara mara korang. Biar bertambah ramai dapat beli rumah banyak-banyak tahun ini.
Macam mana nak beli banyak rumah, selagi cara buat bank luluskan loan berkali-kali pun anda tak tahu?
Bank bukan satu entiti yang kejam seperti apa yang ramai orang pandang.
Korang sendiri pun takkan senang-senang bagi kawan korang pinjam duit, selagi dia tak bagi jaminan untuk bayar balik tanpa sebarang masalah, betul?
Sama juga dengan bank.
Ini bukan lagi masalah yang korang kena hadap lepas ni. Janji korang buat segala ilmu yang Tok kongsikan dalam eBook ni.
Klik link bawah ni sekarang untuk belajar. Nak cepat lulus loan rumah tak?
>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<
The post Rahsia beli 3 biji rumah RM200,000 dengan gaji RM3,000 sebulan yang tak ramai orang tahu appeared first on GilaHartanah.com.
Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2kHlQYE
Post a Comment