7 Makna Di Sebalik Simbol Terkenal Yang Sering Anda Lihat
Dalam kehidupan seharian, kita pastinya tidak terlepas dari membaca pelbagai jenis simbol. Simbol adalah objek yang mewakili tanda atau maksud tertentu. Simbol-simbol ini boleh didapati di merata-rata tempat, baik di pejabat, kedai, pusat membeli belah ataupun di jalan raya.
Ada beberapa simbol yang sudah sinonim dengan kita, yang mana jika dilihat, otak kita terus dapat mentafsir maknanya. Meskinpun begitu, kami percaya setiap apa yang direka pasti mempunyai sebab dan kenapa ia dicipta. Jadi, di sini kami cuba menerangkan secara ringkas bagaimana rekaan simbol-simbol terkenal ini bermula.
The Ampersand (‘&’)
Simbol The Ampersand ‘&’ ini mewakili kata sendiri dari bahasa Latin yang bermaksud ‘dan’. Huruf ini mula dicipta oleh Tiro iaitu ketika zaman purba di Rom. Beliau merupakan setiausaha peribadi Cicero. Untuk mempercepatkan proses penulisan, Tiro telah mencipta satu sistem singkatan yang dipanggil sebagai ‘Nota Tironian’.
Beberapa abad kemudian, Ampersand menjadi begitu terkenal di negara-negara Eropah dan Amerika. Dan ketika awal abada ke-20, perkataan ini secara muktamad diputuskan menjadi salah satu abjad dalam bahasa Inggeris. ‘&’ asalnya di sebut sebagai And-per-se-and.
Love atau Simbol Hati
Simbol love yang melambangkan kasih sayang atau cinta. Banyak hujah bercerita tentang asal-usul kewujudan simbol ini. Paling terkenal kerana ia mewakili makna ‘cinta letaknya di hati’ dan bentuk hati manusia mempunyai sedikit persamaan dengan simbol ini. Antara hujah yang lain, bentuk ini dikatakan berasal dari:
1. Bentuk 2 ekor angsa yang bertemu di tengah tasik. Angsa merupakan haiwan yang sangat setia yang mana mereka akan sehidup semati bersama pasangannya sehingga akhir hayat.
2. Ada teori yang mengatakan, pada zaman Yunani bentuk hati ini mewakili simbolik feminin, iaitu bentuk pinggul wanita.
3. Terdapat juga teori yang mendakwa simbol ini mewakili bentuk daun ivy iaitu sejenis lakaran yang terdapat pada pasu orang Yunani. Lakaran daun ivy ini menggambarkan Dionysus (Dewa Cinta).
3. Bluetooth
Pada abad ke-10, Denmark di perintah oleh seorang Raja bernama Harald Blåtand, seorang tokoh terkenal yang menyatukan kesemua puak belanda sehingga membentuk sebuah kerajaan. Harlad juga dipanggil ‘Bluetooth’ sejak dia mempunyai kekasih bernama ‘Blueberries’. Dan salah satu daripada giginya berwarna biru.
Disandar kepada teknologi bluetooh yang direka untuk menyatukan kesemua peranti dalam satu rangkaian, simbol yang mewakili teknologi ini adalah daripada dua gabungan. H mewakili makna Harald, dan B mewakili Blatand, iaitu bentuk yang diambil daripada huruf-huruf latin.
4. Simbol Perubatan
Kalau anda perasan, simbol perubatan selalunya sepeti di atas. 2 ekor ular membelit tongkat bersayap! Tidak ramai orang tahu kenapa simbol ini diguna pakai dalam perubatan, ia sebenarnya digunakan secara tidak sengaja.
Menurut penelitian, ia diambil semperna kisah legenda dewa Yunani yang mempunyai kuasa ajaib iaitu boleh menghentikan permusuhan dan mencapai kedamaian. Pada 100 abad yang lalu, doktor kententeraan Amerika Syarikat pernah menggunakan simbol ini, tetapi yang tidak mempunyai sayap. Iaitu seperti tongkat Asclepius. Tongkat yang dibelit seekor ular.
5. Simbol onn/off
Simbol onn/off atau power ini pada asalnya digunakan oleh jurutera ketika awal 1940an. Ia mewakili bacaan sistem binari yang digunakan untuk mewakili suis tertentu. 1 bermakna on dan 0 bermakna off. Pada hari ini ia sudah berubah menjadi bentuk bulat dengan batang ditengah dan digunakan pada kebanyakkan tombol suis seperti yang ada lihat sekarang.
6. Simbol ‘peace’
Simbol keamanan ini turut juga dikenali sebagai simbol pascific. Ia telah dicipta pada tahun 1958 iaitu semasa protest terhadap penggunaan senjata nuklear. lambang ini adalah kombinasi daripada huruf ‘N’ dan ‘D’ yang berwakili perkataan Nuclear Disarmament manakala untuk huruf N adalah dua bendera dalam posisi V terbalik, sedangkan tanda untuk huruf D adalah garis vertikal yang dibentuk oleh dua bendera.
7. Isyarat ‘Ok’
Banyak orang mentafsirkan isyarat ini dengan maksud ‘baiklah’ atau ‘okay’. tetapi tidak semua orang mendapat tafsiran yang sama. Contoh seperti di negara Eropah, simbol ini bererti kosong atau sifar.
Dalam satu hipotesis menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat ke-7 iaitu Andrew Jackson selalu mengguna ungkapan ini apabila membuat keputusan. Beliau sering menulis ‘All Correct’ dalam cara Jerman iaitu ‘OLL Korrect’ atau hanya singkatannya ‘OK’.
Dalam teori lain, isyarat OK ini adalah berasal dari Mudra iaitu isyarat ritual yang digunakan dalam agama Buddha dan Hindu. Tanda ini melambangkan pembelajaran atau seni yang sering digambarkan Buddha melalui isyarat ini.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment