Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelaburan China Bakal Bawa Malaysia Ke Kancah Peperangan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelaburan China Bakal Bawa Malaysia Ke Kancah Peperangan?

Kesan daripada pelaburan di antara Malaysia dan China didakwa bakal mengheret negara ini dalam konflik peperangan yang sama seperti di Timur Tengah.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, China menggunakan pelaburan perniagaan di negara asing sebagai satu bentuk penjajahan alaf baru.

China membina pelabuhan ataupun lapangan kapal terbang dengan kos besar hingga tanggungan hutang itu tidak terbayar oleh sesebuah negara.

“Negara seperti Sri Lanka, Pakistan dan Afrika yang terhimpit dengan konflik perang, keadaannya sebelum itu sama dengan Malaysia ketika ini.

“Akhirnya diambil alih dan kemudian dituntut macam-macam. Pelabuhan yang sepatutnya untuk perdagangan tiba-tiba kapal tentera yang melabuh,” kata Mukhriz.

Tambahnya, China juga didakwa menjadikan pelaburan di negara ini untuk menguasai Selat Melaka.

“Selat Melaka sangat penting, niat negara China sebenarnya adalah untuk mengawal dan kuasainya dan Malaysia hanya menjadi kuda tunggangan,” katanya.

Menurutnya, tindakan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah peribadi dengan membawa masuk pelaburan dari China mendedahkan negara kepada perebutan kuasa-kuasa besar.

“Dasar kerajaan Malaysia daripada dahulu adalah berkecuali, kita adalah anggota aktif dalam Gerakan Negara-Negara Berkecuali dan tidak memihak kepada Barat, China atau Rusia.

“Sebelum ini Malaysia berada di tengah-tengah yang boleh berurusan dengan semua pihak, tetapi sekarang ini kita terang-terang cenderung kepada China dan itu mengundang bahaya,”katanya.

Mukhriz berkata, Libya antara contoh mangsa perang disebabkan perebutan kuasa besar.

“Contohnya Libya yang banyak menerima pelaburan dari China dalam loji minyak contohnya, akhirnya terjebak dalam kancah peperangan.

“Perkara pertama Amerika lakukan apabila masuk ke Libya adalah bom semua loji-loji minyak dibina China, lebih daripada 40, 000 pekerja China dihantar pulang. Bayangkan jika perkara sama berlaku di Malaysia dan situasi itu bagi saya tidak mustahil berlaku,” katanya.

Mukhriz berkata, BN sebenarnya dalang kepada perpecahan yang menggugat kedaulatan negara

“Sambil-sambil Umno menuduh kita kononnya ingin menyerahkan kuasa kerajaan kepada DAP tetapi dalam sama merekalah yang membuka pintu seluas-luasnya kepada negara asing.

“Dalam masa sama jangan ada orang salah paham dengan segaja lontarkan fitnah dan timbulkan rasa marah kerana kita kononnya anti negara China, bukan begitu tetapi ia berkaitan Najib yang gadaikan negara,” katanya.

The post Pelaburan China Bakal Bawa Malaysia Ke Kancah Peperangan? appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.