Hi! Welcome Back and Stay Tune! VIDEO: Polis Buru Pemandu Myvi Halang Ambulans Di Lorong Kecemasan Dan Hampir Jadi Punca Kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VIDEO: Polis Buru Pemandu Myvi Halang Ambulans Di Lorong Kecemasan Dan Hampir Jadi Punca Kemalangan

Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) sedang memburu pemandu Perodua Myvi yang menyalahgunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Persekutuan dan menghalang serta tidak mempedulikan ambulans dibelakangnya yang sedang membawa pesakit menggunakan laluan tersebut.

Pada 25 Januari lalu, seorang pengguna laman facebook bernama Muhammad Ardan, seorang jururawat bertauliah, memuatnaik video yang dirakam menerusi dashcam ambulans tersebut ke akaun miliknya. Dalam video tersebut, pemandu Myvi tersebut dengan jelas menyalahgunakan lorong kecemasan dan tidak mahu memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan walaupun siren telah dihidupkan.

Pada minit ke 1:20, pemandu Myvi berkenaan hampir menyebabkan kemalangan apabila dia secara mengejut masuk semula ke lorong kecemasan, menyebabkan ambulans tersebut terpaksa membrek dengan kuat.

Laporan dari News Straits Times menyatakan, ketua polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat menasihatkan pemandu Myvi tersebut agar tampil menyerah diri secepat mungkin. “Kami sedang menyiasat kes ini. Polis akan mengesan identiti pemandu berkenaan, untuk memudahkan siasatan. Saya menggesa agar pemandu ini tampil menyerah diri secara sukarela,” katanya.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.