Aiskrim Perisa Nasi Lemak Wujud Dan Anda Boleh Cubanya Jika Ke Alor Star
Buat peminat aiskrim, perisa apa yang anda paling suka dan perisa apa yang anda inginkan dijadikan sebagai aiskrim? Kalau anda peminat setia nasi lemak, aiskrim perisa nasi lemak memang wujud!
Sedang saya menyusuri timeline Facebook saya, tiba-tiba muncul gambar aiskrim ini; yang dihiasi topping unik siap dengan telur rebus, ikan bilis goreng, timun dan sambal ! Alamak, macam mana nak makan aiskrim ini?
Aiskrim ini adalah menu unik sebuah kedai aiskrim baharu yang terletak di Alor Star, Skream Softserve. Saya juga sempat bertanya kepada pemilik kedai ini adakah ianya benar-benar aiskrim atau nasi lemak yang diisi dalam bekas aiskrim. Tetapi beliau berkata ianya memang aiskrim yang berperisa nasi lemak! Bila makan rasa macam nasi lemak. Fuh, menarik ni.
Mereka baru sahaja beroperasi dan terdapat perisa aiskrim lain yang boleh dipilih seperti matcha. Jadi kalau anda ke Alor Star, boleh cuba sendiri aiskrim ini yang terletak di Caffe Diem, Alor Star. Caffe Diem ini cafe cun yang terletak di Jalan Penjara Lama, Pekan Cina, Alor Star.
Boleh ikuti mereka di Instagram di sini. Nanti kalau Vocket Makan ke utara, kami pergi terjah cuba aiskrim ini. Hujung minggu ini mereka tutup sempena Raya Cina. Yang duduk Alor Star, bolehlah cuba dahulu dan komen kepada kami bagaimana rasanya.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment