Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rainbow Jawi Memudahkan Anak Anda Pelajari Penggunaan Dan Penulisan Jawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rainbow Jawi Memudahkan Anak Anda Pelajari Penggunaan Dan Penulisan Jawi

Cool Code merupakan sebuah nama yang tidak asing dalam arena startup tempatan. Mereka sebelum ini telah hadir dengan permainan Didi & Friends hasil kerjasama dengan Astro, selain turut menawarkan sejumlah permainan berbentuk pendidikan. Terkini, Cool Code turut telah menerbitkan sebuah permainan berbentuk pendidikan baru yang dinamakan sebagai Rainbow Jawi.

Melalui Rainbow Jawi, aplikasi permainan berbentuk pendidikan ini memfokuskan kepada pembelajaran asas Jawi oleh kanak-kanak – terutamanya yang dibawah 10 tahun.

Rainbow Jawi

Aplikasi ini terbahagi kepada beberapa kategori, membolehkan anda memilih sama ada untuk belajar abjad terlebih dahulu, belajar menulis, atau melihat penggunaannya dalam bentuk perkataan. Disamping itu, aplikasi ini juga turut memaparkan pembelajaran angka Jawi melaluinya. Ia dilihat, pembangun aplikasi ini turut akan menawarkan kandungan tambahan dari masa ke semasa melalui Rainbow Jawi ini.

Rainbow Jawi

Komponen belajar menulis Jawi sendiri boleh dikatakan memberikan aplikasi ini sedikit kelebihan berbanding beberapa aplikasi seumpamanya yang lain. Ia membolehkan pengguna – terutamanya anak-anak anda berinteraksi dan belajar kaedah menulis, berbanding hanya belajar menyebutnya sahaja. Ibu bapa juga turut boleh meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka ketika menggunakan mod ini.

Rainbow Jawi

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dan menggunakannya dalam mempelajari penggunaan Jawi. Aplikasi Rainbow Jawi ini ditawarkan untuk platform Android sahaja buat masa ini.

Muat-Turun Rainbow Jawi untuk Android






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2k93t0R

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.