Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Nasib Papa Sama Seperti Nabi Yusuf’ – Nurul Izzah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Nasib Papa Sama Seperti Nabi Yusuf’ – Nurul Izzah

Nurul Izzah anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan keadaan getir yang dilalui bapanya sama dengan kisah Nabi Yusuf yang difitnah seperti diceritakan dalam al-Quran.

Kenyataan itu disebut sebagai merujuk dakwaan terbaru Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu pengadu dalam kes liwat II, yang mendakwa seorang kenalan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang meminta bantuannya bagi pihak keluarga bekas ketua pembangkang itu (klik artikel Mana Satu Betul Ni: Saiful Dakwa Keluarga Anwar Minta Tolong, Nuha Nafi).

Menyifatkan dakwaan itu sebagai satu lagi fitnah, Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata keluarganya telah banyak menderita disebabkan kes tersebut.

“Jelas Saiful memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga menderita dengan fitnah ini.

“Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir sama dengan nasib Nabi Yusuf. Kisah al-Quran menggambarkan Nabi Yusuf minta dia dibersihkan dari fitnah,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa seorang kenalan rapat Anwar meminta beliau memohon pengampunan diraja bagi pihak bekas majikannya itu tanpa menukar pengakuan diliwat.

Individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang dikatakan kini ‘mungkin sudah insaf atas perbuatannya’.

Saiful juga mendakwa individu itu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam tulisan itu, Saiful bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.

Anwar, 70, menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara atas tuduhan liwat.

Beliau bagaimanapun secara konsisten menafikan dakwaan itu dan mendakwa menjadi mangsa konspirasi politik.

The post ‘Nasib Papa Sama Seperti Nabi Yusuf’ – Nurul Izzah appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.