Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bahri & Noor Haslina Rampas Dokumen Peninggalan Harta Allahyarham Suami Saya! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bahri & Noor Haslina Rampas Dokumen Peninggalan Harta Allahyarham Suami Saya!

1. Saya menerima baik berita mengenai laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Bahri Mohamad Zin minggu lepas yang mendakwa bahawa saya telah membuat laporan polis palsu.

2. Saya telah membuat dua laporan polis terhadap perlakuan Datuk Bahri dan isterinya, Noor Haslina Abdullah isitu pertama kali di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 21hb Februari 2016 manakala laporan kedua di atas perkara yang sama telah dibuat di Balai Polis Presint 7 Putrajaya pada 1hb Mac 2016.

3. Saya difahamkan bahawa isteri Datuk Bahri lah yang menjadi pengadu yang membuat laporan terhadap saya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Repot Nombor IPJ/RPTNO/0011/2016.

4. Laporan kepada SPRM ini telah dibuat dengan niat yang jahat menuduh saya memalsukan tandatangan Allahyarham suami saya.

5. Datuk Bahri juga telah dilaporkan mengatakan bahawa operasi SPRM untuk menggeledah rumah dan pejabat saya telah diketuai oleh pegawai lain dan bukan oleh beliau sendiri. Walau bagaimanapun, beliau sepatutnya tahu bahawa pegawai yang menjalankan penggeledahan tersebut datangnya dari Bahagian Operasi Khas SPRM yang mana ketua bahagian tersebut adalah merupakan diri beliau sendiri ketika itu. Saya sertakan dua helai dokumen sebagai bukti.

6. Sepertimana yang ditunjukkan di laman web SPRM, Bahagian Operasi Khas telah ditubuhkan pada 1hb April 2010 untuk menyiasat kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

7. Saya tuntut daripada pihak-pihak Datuk Bahri, SPRM dan juga PDRM untuk menjelaskan di manakah dalam kes perebutan harta pusaka yang mana mengikut hukum agama Islam menjadi hak isteri dan anak Allahyarham menjadi suatu kes kepentingan awam berprofil tinggi hingga memerlukan penglibatan Bahagian Operasi Khas SPRM untuk mengetuai siasatan?

8. Saya juga berbesar hati sekiranya Datuk Bahri, mahupun pihak SPR dan PDRM boleh menjelaskan apakah hasil siasatan Bahagian Operasi Khas SPRM terhadap saya dan kenapa dokumen-dokumen berkenaan peninggalan harta Allahyarham suami saya yang dirampas oleh mereka dalam serbuan lebih setahun lalu di rumah dan pejabat saya masih hingga kini tidak dipulangkan?

9. Saya ingin mengulangi kenyataan oleh peguam saya Yang Berbahagian Dato’ Ahmad Zaharil bin Muhaiyar bahawa kes ini merupakan kes perebutan harta pusaka Allahyarham suami saya kerana kononnya terdapat satu wasiat yang telah dibuat oleh suami saya dan dikemukakan oleh pihak Noor Haslina binti Abdullah dengan menamakan ahli keluarganya sebagai waris yang sah sambal mengenepikan saya serta anak lelaki saya.

10. Noor Haslina telah secara senyap memfailkan surat wakil kuasa harta pusaka di bawah nombor kes WA-32NCVC-463-03/2016. Sebaik sahaja saya mendapat tahu kewujudan saman pemula ini saya telah mengarahkan Dato’ Ahmad Zaharil untuk mengenepikan saman ini. Di atas kebijaksanaan beliau pihak Noor Haslina telah menarik balik saman pemula tersebut dalam suatu prosiding mahkamah pada 26hb Januari 2017.

11. Perbuatan memfailkan saman pemula dan permohonan surat wakil kuasa serta penarikan balik saman pemula di atas secara tergesa-gesa menunjukkan niat jahat Noor Haslina untuk menafikan hak saya dan anak sebagai balu dan anak yatim kepada Allahyarham suami saya.

12. Oleh itu ingin sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa kes ini adalah kes kekeluargaan dan bukannya satu kes berprofil tinggi yang menjadi kepentingan orang ramai.

13. Saya amat berharap agar laporan polis oleh Datuk Bahri ini akan mendorong pihak PDRM untuk mempercepatkan siasatan mereka terhadap perkara ini yang telah menyebabkan saya serta keluarga hidup dalam ketakutan dan kesedihan yang amat sangat selama lebih satu tahun yang berlalu.

14. Saya hanya mahukan keadilan buat saya serta keluarga yang telah dibelenggu oleh mimpi buruk sejak kematian Allahyarham suami saya.

Sekian.
Noraihan binti Che Ali
Kota Bharu, 27hb Januari 2017

 

The post Bahri & Noor Haslina Rampas Dokumen Peninggalan Harta Allahyarham Suami Saya! appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.