Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatan
Buah tembikai atau juga dipanggil ‘timun cina’ atau ‘semangka’ adalah pencuci mulut pilihan utama rakyat Malaysia yang seringkali dihidangkan di majlis perkahwinan, tahlil, doa selamat, aqiqah dan sebagainya. Ia mempunyai fizikal berbentuk bulat atau bujur, mempunyai corak seakan-akan celoreng askar dan isinya yang kemerah-merahan.
Dengan nama saintifiknya ‘Citrullus lanatus’ dan tergolong dalam keluarga ‘Cucurbitaceae’, buah ini sebenarnya memiliki pelbagai khasiat. Bahkan, ia juga merupakan salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW, berdasarkan hadis berikut;
Di riwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Saidatina Aisyah pernah berkata:
“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buah tamar basah.”
Khasiat Buah Tembikai
1. Mengawal Tekanan Darah dan Menyihatkan Jantung
Satu kajian yang dilakukan oleh ‘American Journal of Hypertension’ membuktikan bahawa ekstrak tembikai dapat mengurangkan tekanan darah dan juga tekanan darah tinggi di kalangan orang dewasa yang mengalami masalah obesiti. Mengurangkan tekanan darah tinggi juga bermaksud, ia berupaya mengurangkan semua risiko bagi penyakit jantung.
2. Mencegah Kanser dan Merawat Asma
Tembikai memiliki sumber yang sangat kaya dengan vitamin A, C dan kandungan antioksidan yang tinggi. Ini sekaligus dapat membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Juga, dengan vitamin C itu ia mampu merawat penyakit asma.
3. Melegakan Sakit Otot
Menurut satu kajian, citrulline dan arginine yang terdapat dalam jus tembikai dapat membantu meningkatkan peredaran darah atlet selepas melalui satu latihan yang hebat. Selain itu, meminum jus tembikai juga dapat membantu mengurangkan kesakitan otot sekaligus meningkatkan prestasi semasa senaman.
4. Meningkatkan Sistem Pencernaan Dan Menghalang Batu Karang
Tembikai mengandungi serat pemakanan untuk kesihatan pencernaan. Ia juga mengandungi kalium dan mineral yang membantu mengekalkan tekanan darah supaya stabil. Kalium berfungsi untuk menghapuskan toksin dan membersihkan sisa daripada darah. Jika badan anda tidak dapat membersihkan toksin tersebut, ia akan kekal pada buah pinggang dan boleh membawa kepada kepekatan asid urik yang lebih tinggi dalam darah sehingga boleh mewujudkan batu karang.
5. Mencantikkan Kulit
Jika anda menginginkan kulit yang cantik dan lembap, amalkanlah buah tembikai ini kerana ia kaya dengan vitamin A iaitu nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Vitamin C dalam buah tembikai juga akan dapat membantu mengekalkan tahap kolagen dan struktur kulit. Selain itu, tembikai juga bertindak sebagai anti-radang dan antioksidan dengan mengurangkan bengkak dan jangkitan pada kulit.
6. Bagus Untuk Ibu Hamil
Selain dapat menghilangkan rasa loya dan mual, tembikai juga memiliki manfaat dan kebaikan yang sangat banyak kepada ibu-ibu yang mengandung. Antaranya ialah dapat mengelakkan bengkak pada tangan dan kaki, menghindarkan dehidrasi pada tubuh, mengelakkan pigmentasi pada kulit, mengurangkan kekejangan pada otot serta tulang, membantu mengatasi morning sickness, meningkatkan sistem imuniti tubuh badan, melancarkan aliran air kencing, membantu pembentukan tulang pada bayi dan menguatkan sendi tulang ibu hamil.
Begitulah serba sedikit khasiat tembikai dan merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang sedap diminum ketika cuaca panas kerana ia boleh menyejukkan badan kerana kandungan airnya yang banyak.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk lebih menjaga kesihatan tubuh badan.
Tags: #khasiat buah tembikai merah #khasiat buah tembikai untuk ibu mengandung
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment