Apple Dikatakan Akan Menyertai Amazon, Google, Facebook Dalam Kumpulan Kajian Kecerdasan Buatan
Pada bulan September lepas, beberapa syarikat gergasi teknologi telah mengumumkan kerjasama dalam arena kecerdasan buatan melalui kumpulan yang dipanggil sebagai “Partnership on AI“. Melaluinya mereka merancang untuk membuat kajian, mencadangkan kaedah yang baik, serta menerbitkan kajian dalam bentuk lesen terbuka.
Kini, mengikut laporan baru, Apple dikatakan akan menyertai kumpulan kerjasama berkenaan, yang mana turut sedia disertai oleh Amazon, Google, Facebook, IBM dan juga Microsoft.
Apple sebelum ini telah menyertai arena kecerdasan buatan sejak 2011 lepas, melalui pembantu maya Siri mereka. Walaupun mereka antara yang terawal menyertainya, tetapi kini mereka dilihat sedikit ketinggalaln berbanding pesaing seperti Google dan Amazon. Salah satu sebabnya adalah kerana pengkaji dalam arena kecerdasan buatan sering menerbitkan hasil kajian mereka – perkara yang sedikit bertentangan dengan kaedah kerja Apple yang jarang berkongsi perkembangan mereka, dan banyak berahsia.
Walaubagaimanapun, perkara berkenaan telah berubah sejak penghujung tahun lepas, malah telah turut menerbitkan kertas kajian mereka yang pertama dalam arena kecerdasan buatan.
Menyertai kumpulan kajian kecerdasan buatan ini juga secara tidak langsung memperlihatkan Apple kini beroperasi dengan lebih terbuka.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jbXV6N
Post a Comment