Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM Buka Ruang Seluas-Luasnya Pada SPRM Untuk Siasat Ahli Politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM Buka Ruang Seluas-Luasnya Pada SPRM Untuk Siasat Ahli Politik

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka ruang seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ahli politik yang disyaki terlibat dengan rasuah.

Malah, tegas Naib Presiden UMNO itu, ruang dan peluang siasatan turut diberikan ke atas mana-mana ahli perniagaan, atau mereka yang berjawatan.

“Saya fikir SPRM bukan hanya diperundangkan tetapi mempunyai kuasa mutlak untuk memburu siapa sahaja termasuk ahli politik, ahli perniagaan atau pemegang-pemegang jawatan.

“Saya secara rasmi memberikan ruang yang sepenuhnya untuk SPRM bukan sekadar menyiasat, tetapi menggeledah semua maklumat diperolehi,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad semasa menjadi tetamu Hari Ini 8 berkata , pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas ahli politik yang korup, tidak kira di peringkat bawah mahupun tinggi.

Pada masa sama, tegas Ahmad Zahid, agensi penguatkuasa itu ada kuasa untuk melakukan penggeledahan bagi mendapatkan bukti dan maklumat yang diperlukan.

Bagaimanapun beliau juga berharap SPRM melakukan siasatan dengan berkesan dalam menghadapi cabaran media sosial hari ini.

“Namun harus diperbandingkan antara fitnah dalam media sosial dengan realiti. Jadi untuk menghadapi realiti itu, SPRM harus bertindak segera untuk melakukan penyiasatan dan penggeledahan terhadap semua pertuduhan itu apatah lagi ia melibatkan pemegang jawatan di mana-mana kementerian atau jabatan,” kata beliau.

Tambahnya lagi, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM juga mempunyai kuasa atau waran untuk melakukan penggeledahan ke atas premis atau kediaman suspek bagi mendapatkan maklumat siasatan.

“Mereka (SPRM) pun ada kuasa (waran) juga (untuk menggeledah) ,” ujarnya.

The post TPM Buka Ruang Seluas-Luasnya Pada SPRM Untuk Siasat Ahli Politik appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.