Gambar Samsung Galaxy S8 Tertiris – Bakal Dilancarkan Pada 29 Mac
Pelbagai desas-desus mengenai telefon pintar Galaxy S8 telah kedengaran sebelum ini. Kini, tukang tiris terkenal, @evleaks telah pun berkongsi gambar telefon yang dikatakan sebagai Galaxy S8 versi besar, dan mengatakan ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 29 Mac 2017 kelak.
Samsung dikatakan bakal memperkenalkan dua model Galaxy S8, iaitu satu dengan panel bersaiz 5.8-inci, dan satu lagi dengan panel bersaiz 6.2-inci. Kedua-duanya dijangka dilengkapi dengan panel QHD Super AMOLED, dan bakal menawarkan nisbah skrin-ke-peranti sehingga 83%. Seperti biasa, Samsung akan menggunakan rekaan “Edge”, dimana skrin melengkung pada kiri dan kanan. Sensor pengimbas cap jari dijangka akan diposisikan pada bahagian belakang, dibawah kamera. Perkara ini adalah kerana skrin hadapan dan ketiadaan butang “Home” padanya.
Samsung Galaxy S8 bakal menggunakan cip Snapdragon 835 atau cip Exynos – bergantung kepada pasaran, dan dijana menggunakan sistem operasi Android Nougat. Samsung turut dikatakan akan menggunakan bateri 3000mAh pada model 5.8-inci, dan 3500mAh pada model 6.2-inci. Berbeza dengan kebanyakkan peranti baru yang menggunakan memori sehingga 8GB RAM, Samsung dijangka mengekalkan penggunaan memori 4GB RAM pada telefon pintar mereka.
Untuk rakaman gambar, Samsung Galaxy S8 menggunakan kamera belakang 12-megapixel f/1.7 dan kamera hadapan 8-megapixel.
Seperti laporan sebelum ini, @evleaks mengatakan Galaxy S8 akan mengekalkan bicu audio 3.5mm. Laporan yang hadir ini turut menekankan yang mana ia bakal menyertakan penyambung khusus dok desktop dinamakan Samsung DeX, selain dilengkapi dengan sokongan pembantu maya Samsung dikenali Bixby, serta integrasi skrin sensitif tekanan seumpama Apple 3D Touch.
Samsung dijangka memperkenalkannya pada 29 Mac 2017 ini. Sekiranya mengikut perancangan pemasaran Samsung, kebiasaan Samsung akan memasarkannya sekitar sebulan selepas pengenalan peranti berkenaan, dan kebiasaannya juga Malaysia antara negara terawal menerima peranti mereka.
Jadi, daripada info tertiris ini, apa kata anda?
- TL;DR: Samsung Galaxy S8 tertiris.
- Cip Snapdragon 835 atau Exynos
- Skrin bersaiz 5.8 inci untuk model kecil, 6.2-inci untuk model bersaiz besar.
- Tiada butang Home.
- Pengimbas cap jari di belakang.
- Memori 4GB RAM.
- Kamera 12-megapixel f/1.7 dibelakang.
- Menggunakan USB-C. Dok khusus desktop dinamakan Samsung DeX.
- Skrin sensitif tekanan seumpama 3D Touch di iPhone.
- Pembantu maya pintar Bixby.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jC1jE9
Post a Comment