Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ford Mustang Pasaran Eropah Hanya Terima Penarafan Dua-bintang Dalam Ujian Keselamatan Euro NCAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ford Mustang Pasaran Eropah Hanya Terima Penarafan Dua-bintang Dalam Ujian Keselamatan Euro NCAP

Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) telah menyiarkan keputusan terbaharu hasil ujian mereka untuk tahun 2017, antaranya Ford Mustang generasi keenam versi pasaran benua berkenaan. Apa yang mengejutkan, Mustang hanya menerima penarafan dua-bintang, dan Euro NCAP gusar dengan perlindungan kemalangan untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak muscle car berkenaan, serta bimbang dengan kelengkapan keselamatan yang tidak mencukupi pada model pasaran Eropah ini.

Ford Mustang direka untuk memberikan keputusan yang baik pada pelbagai ujian-ujian pengguna di Amerika, tetapi hanya diberikan sedikit peningkatan pada model pasaran Eropah iaitu untuk undang-undang keselamatan pejalan kaki. Sistem Amaran Pelanggaran hadapan pada kereta ini juga tidak padankan bagi model pasaran Eropah.

Pada ujian offset bahagian hadapan, beg udara hadapan untuk pemandu dan penumpang mengembang secara tidak mencukupi untuk melindungi penumpang hadapan. Manakala pada ujian pelanggaran penuh hadapan, ketiadaan pre-tensioner dan pengehad beban pada tali pinggang keledar belakang menyebabkan penumpang belakang boleh tergelincir dari tali pinggang keledar berkenaan, seterusnya boleh menyebabkan risiko tinggi untuk kecederaan abdomen ketika kemalangan sebenar.

Ketika ujian pelanggaran sisi pula, kepala patung ujian kanak-kanak berumur sepuluh tahun dalam kereta berkenaan telah terkena bahagian kemasan dalaman, di bawah beg udara tirai sisi. Ketua setiausaha Euro NCAP Michiel van Ratingen berkata, kesemua faktor ini menjadi kebimbangan mereka dan mempunyai pendapat yang kuat terhadapnya.

“Ford tidak menjangkakan Euro NCAP untuk menguji Mustang dan memilih untuk tidak memadankan teknologi keselamatan yang sama di Amerika untuk pelanggannya di Eropah, serta diberikan pada kereta sport lain untuk perkara tersebut. Sikap sebegini terhadap keselamatan bakal menyusahkan pelanggan Ford, sama ada mereka membeli muscle car berkuasa tinggi atau kereta keluarga biasa,” kata beliau.

Menurut Ford, Mustang versi facelift yang bakal menerjah pasaran tahun ini akan dibekalkan dengan Bantuan Pra-Pelanggaran dan Bantuan Kekal Laluan sebagai ciri standard. Euro NCAP menjangkakan akan menguji model yang dikemaskini berkenaan apabila ia mula mendarat di Eropah kelak.

[embedded content]

[embedded content]





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.