Monitor ASUS ROG Swift PG348Q Dilancarkan Dengan Kadar Segar-Semula Skrin 240Hz
Secara lazimnya monitor yang digunakan di rumah mempunyai kadar segar-semula 60 HZz. Pada televisyen pintar berprestasi tinggi pula ia meningkat ke 120 Hz. Bagi kalangan pemain komputer tegar, kedua-dua kadar segar-semula ini adalah rendah kerana mereka sudah terbiasa dengan 144 Hz. Asus hari ini mengumumkan monitor baru ASUS ROG Swift PG348Q dengan kadar segar-semula 240Hz.
Ini menjadikannya monitor dengan kadar segar-semula tertinggi di dunia. Ia sebuah monitor dengan skrin 24.5″ dengan resolusi 1080P. Resolusi maksimumnya mungkin rendah tetapi ia menyokong sistem Nvidia G-Sync serta masa tindak balas 1 ms. Sistem lampu Light Signature turut disertakan bagi mereka ayang mahu memaparkan logo pada permukaan meja. Monitor ASUS ROG Swift PG348Q akan mula dijual bulan Februari tetapi harga masih belum diumumkan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jl6qaw
Post a Comment