Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bung: Tak Sesuai Najib Kecam Trump - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bung: Tak Sesuai Najib Kecam Trump

Tidak wajar bagi perdana menteri mengecam Donald Trump kerana presiden AS itu hanya melaksanakan apa yang dijanjikannya semasa berkempen untuk memenangi pilihan raya, kata seorang anggota Majlis Tertinggi Umno.

Menurut Datuk Bung Moktar Radin, ramai pemimpin sudah mengecam Trump kerana menguatkuasakan larangan perjalanan terharap umat Islam dari bberapa negara dunia.

“Bagaimanapun, saya rasa tidak sesuai perdana menteri (turut) membuat kecaman tersebut kerana apa yang dibuat Trump adalah memenuhi janji pilihan rayanya,” kata Bung Moktar kepada Malaysiakini.

Trump melalui arahan eksekutif ditandatanganinya pada Jumaat lalu mengarahkan pihak berkuasa AS menyekat kemasukan pelarian untuk sekurang-kurangnya 120 hari.

Larangan lebih ketat dilaksanakan ke atas warga Iran, Iraq, Sudan, Libya, Somalia, Syria dan Yaman untuk tempoh tiga bulan akan datang.

Bagi Trump, AS sepatutnya melaksanakan saringan lebih ketat untuk kemasukan berkenaan “sejak lama dulu”.

Datuk Seri Najib Razak sebelum ini pernah tampil mengecam kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya oleh pihak berkuasa Myanmar.

Beberapa pihak di negara ini menggesa kerajaan mengeluarkan kenyataan atas larangan dilaksanakan AS itu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menggesa Putrajaya menggerakan usaha memanggil sidang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan larangan berkenaan.

Menurut Bung Moktar, setiap pemimpin sesebuah negara mempunyai pendirian sendiri untuk isu keselamatan.

“Pada saya setiap pemimpin sebuah negara mempunyi pendirian berhubung keselamatan negara mereka.

“Justeru, tidak timbul soal double standard (bagi kerajaan Malaysia,” katanya yang juga anggota parlimen Kinabatangan.

The post Bung: Tak Sesuai Najib Kecam Trump appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.