FitBit Dilaporkan Akan Memberhentikan Sehingga 10% Tenaga Kerja
Tahun lalu Fitbit ialah pengeluar dengan jualan peranti boleh-pakai tertinggi di dunia. Mereka memegang 21.2% pasaran tahun lalu. Menurut IDC juga 81% peranti boleh-pakai yang terjual tahun lalu ialah pengesan kesihatan dan bukannya peranti pintar. Sungguhpun mendominasi pasaran, Fitbit gagal mencapai sasaran jualan mereka. Menurut laporan terkini mereka akan menghentikan sehingga 10% tenaga kerja.
Pengurangan tenaga kerja ini dijangka dapat menjimatkan kos operasi sebanyak $200 Juta. Dalam masa dua bulan kebelakangan ini, Fitbit mengambil alih Pebble dan Vector. Terdapat juga ura-ura mereka akan akhirnya melancarkan kedai aplikasi mereka sendiri. Penggunaan peranti boleh-pakai nampaknya masih lagi rendah. Adalah 2017 akan membawakan perubahan ataupun terus membuktikan pengguna masih belum bersedia untuk berbelanja lebih untuk memilikinya.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment