Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sejarah Filipina Untuk Iktibar Kita (Bahagian 1) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sejarah Filipina Untuk Iktibar Kita (Bahagian 1)

1. Saya ingin berkongsi sejarah pendek negara Philippines untuk renungan kita bersama.

2. Pada tahun 1950, Philippines adalah di antara negara yang paling maju di seluruh Asia. GDP per capita Philippines mengatasi GDP per capita negara Taiwan, South Korea dan malah China! Sebenarnya fakta ini tidak begitu menghairankan. Philippines diperintah oleh Amerika Syarikat hampir 50 tahun jadi banyak kesan pemerintahan Amerika di sana. Jalanrayanya lurus, bandarnya berpetak-petak, dan malah sistem pendidikan dan pemerintahannya juga mengikut sistem di Amerika. Negara itu sudah menikmati kemudahan highway yang dibina pada tahun 1970an dan bandar Manila sudah lama mempunyai gated and guarded properties!

3. Pada tahun 1970an dan 1980an, ramai rakyat Malaysia pergi bercuti di Manila.

4. Semasa saya buat training sebagai seorang cadet pilot di sana sepanjang tahun 1980, saya telah melihat sendiri the slide into mediocrity. Kejatuhan itu bermula semasa zaman pemerintahan Presiden Marcos.

5. Untuk kekal berkuasa apabila tempoh pemerintahannya hampir tamat, Marcos mengisytiharkan military law (undang2 tentera) pada tahun 1972 sebelum pilihanraya untuk melantik presiden baru berlangsung. Marcos telah memansuhkan institusi awam seperti Kongres, melemahkan badan kehakiman, dan mengharamkan parti-parti politik. RAMAI TOKOH PEMBANGKANG DAN MALAH PENGKRITIK DIHUMBANKAN KE DALAM PENJARA FOR ONE REASON OR ANOTHER. Ini termasuklah Senator Benigno (Ninoy) Aquino yang kemudiannya dibunuh pada tahun 1983. Malah terdapat cerita yang ramai orang lain juga telah dibunuh sepanjang pemerintahan kuku besi Marcos.

6. Zaman pemerintahan Marcos menjadi lagenda! Keluarganya dikatakan telah ‘melesapkan’ USD $10 bilion wang negara. Isterinya, Imelda, dikatakan mempunyai lebih 1,000 pasang kasut dan 1,000 tas tangan! Untuk mengaburi mata rakyat akan kekayaan tersebut (dan kerana bapa beliau bukan orang kaya (ehm, ehm)), penyokong-penyokong Marcos mendakwa SEMUA KEKAYAAN ITU DATANG DARI EMAS KARUN yang ditemuinya selepas Perang Dunia Ke-2.

7. Pada tahun 1980, jalan2 di Manila penuh dengan lubang dan lopak. Jutaan penduduk tinggal di kawasan setinggan. Level korupsi begitu berleluasa sehinggakan polis tak malu untuk minta rasuah di depan orang ramai. GDP per capita merosot ke $585 pada tahun 1985 kerana RECESSION, PROTECTIONISM, KEMEROSOTAN MANUFACTURING, CRONY CAPITALISM DAN PINJAMAN YANG TERLALU TINGGI.

8. Incidentally, saya tak pernah berjumpa dengan mana2 rakyat Malaysia yang pergi bercuti di Manila sudah lebih 25 tahun! Dan negara2 lain di Asia jauh lebih maju dari Philippines

9. Part 2 lebih menarik. Tunggguuu….

The post Sejarah Filipina Untuk Iktibar Kita (Bahagian 1) appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.