Kenapa Tak Memakai Kondom Ketika ‘Bercinta’ Lebih Nikmat?
Majoriti lelaki tidak suka memakai kondom. Selain mengurangkan kenikmatan, kondom juga tidak menjamin 100 peratus mencegah kehamilan dan penyakit berjangkit.
Ditambah lagi, kondom yang tidak sesuai dengan saiz Mr P boleh saja terlepas atau koyak ketika melakukan penetrasi. Untuk mencegah kehamilan, ada beberapa di antara pasangan suami-isteri lebih memilih alat perancang keluarga, pil pencegah kehamilan atau penggunaan IUD.
Tak hairan, mungkin pasangan anda juga memilih tidak memakai kondom semasa berhubungan intim. Berkemungkinan golongan isteri juga lebih selesa tidak memakai kondom agar sensasi kian rasa menyenangkan.
Agar kondom boleh bekerja secara optimum, ada baiknya golongan suami sepadankan saiz kondom dengan Mr P. Kondom yang sesuai, sekurang-kurangnya dapat melindungi daripada kehamilan yang tidak dirancang.
Menurut Natika Halil, seorang pakar kesihatan hubungan intim, mengatakan bahawa tak kurang lelaki yang mengalami ketidakserasian mengenakan kondom, kerana bentuk dan ukurannya.
Natika menambah, ramai lelaki yang mengalami masalah kondom koyak atau kondom terlepas dikala saat bercinta. Ini membuat lelaki tidak selesa mengenakannya kala berhubungan intim. Demikian memetik dari laman Indiansutras.
(nip)
The post Kenapa Tak Memakai Kondom Ketika ‘Bercinta’ Lebih Nikmat? appeared first on Aliff Channel.
Sumber : Aliff Channel
http://ift.tt/2jssSi9
Post a Comment