Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jutawan Dari Malaysia Ini Bina 3000 Buah Rumah Untuk Orang Miskin Di Filipina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jutawan Dari Malaysia Ini Bina 3000 Buah Rumah Untuk Orang Miskin Di Filipina

Seorang Jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dilaporkan telah berjanji untuk membina 5,000 rumah untuk golongan-golongan miskin Filipina, lapor Filipino Times.

Projek berkenaan akan dilaksanakan  dengan bantuan Yayasan Pembangunan Masyarakat Gawad Kalinga (GK) sebagai tanda membalas kepercayaan terhadap perniagaannya.

"Saya menjadi kaya kerana ramai orang miskin menyokong perniagaan saya” kata Tan di mana pengasas syarikat Berjaya Group mendermakan 100 juta pesos (RM8.9 juta) kepada GK pada 2012.

Ia sebahagian daripada janjinya untuk memberikan 300 juta pesos (RM26.7 juta) bagi pembinaan 3,000 rumah bagi rakyat Filipina yang dilanda bencana alam.

Menurut Tan lagi, Berjaya dan GK setakat ini telah pun membina kira-kira 1,000 buah rumah.

“Kami berjanji membina 3,000 rumah beberapa tahun lalu dan jika anda membinanya dengan cepat, kami menjanjikan 5,000 rumah.

“Saya janjikan separuh kekayaan saya untuk kerja amal. Orang ramai sokong perniagaan kami dan siapa mereka? Kebanyakannya ialah golongan miskin,” katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu akan turut merancang untuk melakukan perkara sama di Malaysia, seperti dilakukan GK di Filipina dan menyediakan rumah perlindungan percuma untuk masyarakat miskin Malaysia. - Siakapkeli.my





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.