Mark Zuckerberg Kritik Dan Ingatkan Trump Tentang Sejarah Amerika
Semenjak Rumah Putih diambil alih oleh Donald Trump, begitu banyak isu yang timbul. Antara berita yang paling heboh adalah isu pendatang dan larangan beliau ke atas rakyat dari beberapa buah negara ke Amerika Syarikat. Tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya tampil memberi kritikan berhubung masalah ini.
Menurut satu kenyataan yang dibuat oleh Mark Zuckerberg, beliau menegaskan bahawa Trump harus mengingati Negara Amerika Syarikat terbentuk adalah hasil daripada pendatang luar terutama dari negara Eropah sejak 400 tahun dahulu.
“Amerika Syarikat adalah ‘terhasil’ daripada imigran, dan kita harus berbangga dengan itu,” kata beliau.
Dalam kenyataan itu, Zuckerberg turut menyatakan bahawa nenek moyangnya sendiri berasal dari Jerman, Austria dan Poland, manakala isterinya turut berasal dari China dan Vietnam.
“Seperti ramai daripada anda (merujuk kepada rakyat Amerika Syarikat). Saya bimbang mengenai kesan perintah eksekutif baru-baru ini yang ditandatangani oleh Presiden Trump,” katanya.
Baca: 9 Perkara Ini Berlaku Selepas Seminggu Trump Jadi Presiden US
Tindakan Trump menyekat pelarian dan 7 negara Islam juga turut dibantah.
“Kami sebuah negara imigran, dan kami mendapat manfaat apabila seluruh dunia dapat hidup, bekerja dan menyumbang di sini. Saya berharap kita mendapat keberanian dan kasih sayang untuk sama-sama menjadikan dunia ini tempat terbaik untuk semua orang.” jelas Mark Zukerberg.
Selain Mark Zukerberg, Ceo Google Sundar Pichai turut tampil melontar kritikan yang sama.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment