Keindahan Membiru Di Danau Kaolin Kini Jadi Lokasi ‘Hits’ Di Indonesia
Secara jujurnya, saya bukanlah seorang pengemar pulau. Tetapi setelah melihat keindahan permandangan di Danau Kaolin, hati ini seolah-olah terpanggil untuk bergegas kesana. Danau Kaolin merupakan salah satu destinasi cantik yang terletak di kepulauan Bangka Belitung, Indonesia.
Anda yang sedang merancang ke sini, Danau Kaolin adalah lokasi yang tidak wajar dilepaskan. Asalnya, Danau Kaolin terbentuk daripada sisa eksploitasi cari gali bahan tersebut. Buat pengetahuan anda, Kaolin ialah sejenis tanah liat halus yang berwarna putih. Kaolin digunakan sebagai bahan mentah dalam pembuatan seramik, tembikar,dan jubin.
Inilah yang dikatakan keindahan di sebalik kehancuran. Kini Danau Kaolin menjadi salah satu destinasi pelancongan yang sedang hits di Indoesia.
Tebih berwarna putih disertakan air yang membiru, Danau Kaolin menjanjikan permandangan yang cukup mempersonakan sepanjang mata melihat. Sekilas pandang, permandangan di sini mirip seperti Gunung Bromo mini tetapi berwarna putih.
Untuk sampai ke sini, anda boleh melalui Tanjung Pandan. Ia mengambil masa hanya 10 minit perjalanan jika menaiki kereta. Tanjung Pandan merupakan bandar besar di Pulau Belitung, yang terletak di daerah Bangka Belitung, Indonesia.
Buat masa sekarang, di sini masih belum lagi ada kemudahan awam seperti pengangkutan atau tempat penginapan. Jika memerlukan penginapan, anda boleh mencari hotel di pusat bandar Tanjung Pandan. Di sana terdapat pelbagai hotel dengan tawaran harga yang menarik.
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment