DAP Utamakan Kepentingan Malaysia, Bukan China – Tony Pua
Salah satu soalan yang kerap ditanya oleh editor media Cina adalah, “mengapa DAP amat menentang pelaburan China di negara ini?”
Setiap kali, saya kena tegaskan, bahawa kita tidak menentang pelaburan China atau dari mana-mana negara lain. Tetapi:
1.Ia mestilah berbentuk pelaburan – bermakna China yang harus mengeluarkan wang. Ia tidak boleh menjadi sebuah ‘pelaburan’ yang dibayar oleh rakyat Malaysia, tetapi dirangka kononnya sebagai “pelaburan China”.
Contohnya, projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Ia BUKAN pelaburan China. Sebaliknya kerajaan Malaysia yang menganugerahkan kontrak RM55 bilion itu kepada syarikat kepunyaan China.
2.Mahupun ia berbentuk kontrak, ia mesti menunjukkan nilai sepatutan (“value for money”) untuk rakyat Malaysia. Mengapa ECRL berjumlah RM55 bilion itu dianugerahkan tanpa tender terbuka kepada China? Apatah lagi perunding kerajaan telah menganggarkan kos projek tidak melebihi RM30 bilion? Ke mana perginya baki sebanyak RM25 bilion? Bayar hutang 1MDB?
3.Jangan lupa, projek ini dibiayai oleh pinjaman ‘murah hati’ dari bank kepunyaan negara China. Ia kena dibayar balik oleh generasi pembayar cukai masa depan. Adakah kita sedang mengorbankan kepentingan anak-cucu kita demi projek separuh masak dan untuk menutupkan skandal?
4.Seperti apa yang telah dijelaskan dengan baik oleh rakan seperjuangan saya, YB Liew Chin Tong, Malaysia berhak dan mampu memilih jenis pelaburan yang sesuai. Kita tak perlukan projek pelaburan asing yang memusnahkan industri hartanah seperti Forest City sedangkan kita tidak kekurangan kepakaran dalam sektor pembangunan hartanah.
Sebaliknya, mengapa syarikat teknologi China yang terkemuka, Huawei tidak membina pusat reka bentuk atau kilang pembuatannya di Malaysia?
5.Sebelum rakyat Malaysia, mahupun kaum Cina atau yang lain, terbawa-bawa dengan keghairahan pelaburan China, harus diingat sebahagian besarnya cumalah gembar-gembur. Gabungkan semua nilai MOU, tidak kira kontrak atau pelaburan, sensasikannya dan ta-da.. BN harap memenangi hati rakyat Malaysia – walaupun kebanyakannya tidak akan direalisasikan.
Masih ingatkah tidak lama dulu semasa pentadbiran Najib gembar-gemburkan pelaburan dari Timur Tengah? Mana hilangnya pelaburan itu sekarang?
6.Yang paling berbahaya, kita harus berwaspada dengan sesiapa pihak yang membawa ‘hadiah’ palsu atau janji manis. Apa yang China peduli bukanlah kesejahteraan rakyat Malaysia, tetapi mengukuhkan kepentingan strategiknya.
Tanpa sedar, kita bukan saja akan hilang semua kepentingan strategik seperti aset minyak di kawasan kepulauan Spratlys, kita juga akan menjadi negara naungan China. Kita akan dipaksa mengikut rentaknya, sama seperti apa yang berlaku dulu semasa zaman kesultanan Melaka.
BN dan MCA boleh politikkan kaum dan menghasutkan emosi dengan menyalahkan DAP kerana berwas-was dengan pelaburan China, tetapi tindakan mereka itu sebenarnya mendedahkan sikap hipokrit mereka sendiri yang tidak menghiraukan kepentingan negara.
Tetapi saya dan rakan-rakan seperjuangan DAP adalah rakyat Malaysia terdahulu (“Malaysian First”). Kepentingan negara kita yang mesti diutamakan, tidak kiralah ‘pelaburan’ China atau sebaliknya.
*Tony Pua Kiam Wee adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan
The post DAP Utamakan Kepentingan Malaysia, Bukan China – Tony Pua appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment