Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khemah Rekaan IKEA Ini Menang Anugerah Rekaan Terbaik Beazley Tahun 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khemah Rekaan IKEA Ini Menang Anugerah Rekaan Terbaik Beazley Tahun 2016

Rekaan khemah portable oleh Ikea, Better Shelter telah memenangi anugerah Beazley Design Of The Year. Better Shelter adalah usahasama antara Ikea dan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di mana mereka mahukan sebuah tempat yang lebih selesa untuk pelarian dan semestinya ianya perlu mudah dipasang.

Sebanyak 10,000 unit khemah ini telah dicipta oleh Ikea. Prototype pertama khemah ini telah diguna pakai sejak 2013 dan sejak itu, unit khemah ini banyak digunakan di Iraq dan Ethiopia. Menarik tentang khemah ini ialah jangka hayatnya yang dapat digunakan lebih 3 tahun dan dengan berkeluasan 17.5 meter persegi, sangat selesa untuk diduduki sebuah keluarga.

Better Shelter di Kawergosk, Iraq.

Better Shelter adalah khemah yang sangat mudah dipasang. Sebuah khemah hanya memerlukan 4 orang untuk memasang khemah ini dan memerlukan 4-8 jam untuk dipasang. Khemah ini dilengkapi sistem pengudaraan, sistem lampu LED untuk pencahayaan di kala gelap dan pengecas untuk gadjet.

Untuk anugerah Beazley ini, rekaan kasut adidas X Parley dan cawan rekaan NASA turut tersenarai dalam pencalonan untuk anugerah ini. Video di bawah ini menunjukkan bagaimana khemah ini dipasang. Terima kasih Ikea untuk ciptaan khemah yang awesome ini. Semoga ianya boleh didapati dengan lebih mudah di serata dunia di masa akan datang. Anda boleh lihat pemenang kategori lain dalam anugerah Beazley ini di sini.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.